Monday, February 6, 2012

SP PLAZA PASAR LAMBAK
Setiap AHAD


Setelah beberapa bulan aktiviti ini beroperasi ini pertama kali aku berkesempatan menjejak kaki ke SP Plaza,Pasar Lambak.Jarak hanya 1 jam perjalanan dr rumah.Tak jauh pun.Tapi di sebabkn Ahad hari bekerja bg negeri Kedah, jd peluang agak tertutup untuk berjumpa tauke/otai numis dan filateli.Sebahagian sudah lama kenal,sebahagian lg hanya Friends di FB..


Kebetulan semalam(org Kedah sebut kemarin)5.2.2012 cuti sempena Maulidurrasul.Pejabat2 kerajaan yg beroperasi di SP plaza ni bercuti,jd tak ramai sgt la pengunjung..lau mngikut info dr Mr Neoh biasanya pelanggan akan lebih ramai kalau tak cuti.Sambil berurusan dgn pejabat sambil ushar2 note,coin,antik dan setem2 di lobi SP plaza.Benda dah terhidang mcm2 note kertas/coin yang ada,tak minat pun boleh jd minat...tauke pun senyum aja la..:-)


Aku x pasti apa nama tauke ni,sibuk2 dok pandang2 sana sini lupa pulak nk berkenalan..Dalam bekas merah tu ada mcm2 coin Antarabangsa.Coin 5 kupang terbelah pun ada,dijual dua hengget sj sekeping..


Berbaju merah ialah otai Lim Chee Cheong.Sibok melayan pelanggan dengan berbagai infomasi

Mr Neoh(berbaju belang) tauke kedai numis/setem di Central Plaza Sg Petani.(Rujuk posting jelajah)

Ng Lai Soon,berbaju merah http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=1625316117, byk koleksi note2 yang hebat tp tak dipamerkan.tp beliau x kedekut utk berkongsi ilmu/maklumat tntg perkembangan hobi ini.Aku berkesempatan berbual dgn beliau dan dpt jg la info2 menarik.Beliau juga ada koleksi setem2 yg sgt rare..

walaupun cuti tapi pengunjung boleh dikira "boleh tahan" jg la.Tak putus2..

Mr Neoh,hanya menjual item2 setem sahaja.Penjual tunggal setem.Katanya note n coin dah ramai org jual,jd setem adalah kekuatan beliau di pasar lambak ni..:-)



Weng Business,anak lelaki Ah Kid yg terkenal di rope walk Taman Selat,B'tworth.Note2 yang dijual boleh tahan jg..antaranya 2 keping note Seribu,Sa Ratus dan sbgainya.


Otai Melayu..Truena Malaya Collection.Satu2nya kolektor/dealer Melayu pada hari ini.Ramah, tak putus2 terima kunjungan.Kolektor2 yg berdekatan bolehlah sesekali bagi sokongan kt beliau..sokongan moral n wang ringgit.Dua2pun beliau terima rasanya :-)

7 comments:

  1. kalu hala selatan jgn tk sggh kat rnr pagoh. kat situ ada kedai jual duit & setem lama2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tuan.terima kasih.insyallah kalau berkesempatan akan sy singgah.tq utk info ni

      Delete
  2. Replies
    1. aduh,ni la mslhnya.meja aku belum beli,x mampu :-)

      Delete
  3. I have alot of India EIC/British copper/bronze coins: William IIII, Victoria, Edward VII, George V and George VI. For sale and swap. Pls contact ASAP.

    ReplyDelete