Friday, March 27, 2009




SIRI 2.1989

Ini pula siri ke 2 Syiling Malaysia.Diperkenalkan pada tahun 1989.Dengan nilai muka 1,5,10,20,50 dan $1. Muka hadapan masih mengekalkan imej bunga kebangsaan(bunga raya). Muka belakang pula imej2 permain tradisional rakyat malaysia seperti gasing,congkak dan wau bulan pada syiling 1,10 dan 50 sen.Tepak sirih pada syiling 20 sen dan keris pada syiling $1.


SIRI 1 1967

Malaysia melancarkan duit syiling pertama pada tahun 1967.Setelah taraf sah mata wang Malaya dimansuhkan pada 16 Jan.1969 matawang Malaysia diperlakukan sepenuhnya.Syiling2 ini dikeluarkan dalam nilai muka 1,5,10,20,50 sen dengan syiling 1 sen diperbuat drpd gangsa dan syiling lain drpd campuran kupro-nikel.Muka depan tertera megah bangunan Perlimen,bulan dan bintang.Pada muka belakang pula bunga raya jd penyeri serta perkataan MALAYSIA dan tahun tempaan.Wang syiling ini direka oleh Geoffrey Colley.

1.5.10.20.50 sen siri 2 1994..copper-nickel..apa yang istimewa sgt syiling2 ni? Syiling yg masih kita gunakan dlm urusan seharian..beli itu beli ini...tapi cuba seluk saku anda sekarang ada tak syiling 10 sen n 20 sen tahun 1994 ni? Syiling 10sen n 20sen ini pun kira RARE juga la.Yang nilai 1 sen,5 sen tu tak la RARE pun..Ramai pengemar tak akan lepaskan kalau jumpa.10 sen-7,122,22 n 20 sen-2,680,339.Ini lah jumlah syiling tersebut yg ada dlm edaran seluruh Malaysia.Sekali pandang mcm banyak kan....??


50 sen siri 2 1995..RARE? tak percaya cuba belek2 syiling yg ada dlm simpanan..x ada? Syiling ini pun aku ada 3 keping shj.Hanya sbyk 1,650,423 shj diedarkan..jadi agak sukar ja nak dptkannya..

20 sen siri 1.1970. Syiling ini agak sukar nak dapat/ditemui kerana hanya sbyk 1,054.000 shj yang diedarkan.Aku pun hanya ada 2 keping shj,tu pun tak la cantik.Taka pernah lg aku jmpa/tengok yang UNC apa BU.Kiranya syiling ni RARE la pd pengumpul2 mcm aku ni.


SIRI 2 2003

Syiling ini pun dikatakan Rare juga..betul ke?.Aku masih belum dpt maklumat jumlah tempaan syiling ni..Ada la 10 keping dalam simpanan aku..kalau ada sapa2 nak tukar2 boleh la contact aku..en.My-koleksi boleh tlg jawab kot..
COIN IN EDUCATION 2003
Pendidikan Melalui Duit Syiling


Siri Mamalia.25 sen.Syiling Pendidikan edisi terhad ini dikeluarkan pada tahun 2003 bertujuan menyedarkan kita tentang beberapa spesies yang diancam kepupusan.Melalui syiling ini dapat kita memahami dan mengetahui beberapa perkara yang mungkin dapat menyelamatkan haiwan2 ini drpd.menerima nasib malang seperti dinosour..
Di keluarkan oleh BNM dengan tempaan oleh The Royal Mint Malaysia,jenis Emas Nordic(Nordic Gold).Dengan berat 9.16g dan ketebalan 2.0mm hanya sebanyak 100,000 keping sahaja diedarkan.

Wednesday, March 25, 2009


MALAYA KING GEORGE VI

One cent,1st Julai 1941.Wang ketas ini digunakan sebelum Jepun mendarat di Melayu.Ditantangani oleh H.Weisberg di cetak oleh Thomas De La Rue(THLR).Wang kertas ni hanya mempunyai cetakan sebelah muka sahaja.

MALAYA 1941 KING GEORGE VI

One Dollar,1st Julai 1941.Tandatangan oleh H.Weisberg dan dicetak oleh Waterlow & Sons. Potret King George VI diabadikan pada muka depan dan jata negeri2 Tanah Malayu pada sebelah belakang.


SETEM

Inilah sebahagian sj darpd koleksi setem aku yang aku anggarkan berjumlah lebih kurang 1500 keping.Tak termasuk lembaran mini,koleksi tahunan dan FDC.1500 keping? Terasa mcm banyak tapi masih banyak yang belum jd koleksi.Setem2 ini aku mula kumpul sejak zaman sekolah rendah lg..lebih kurang 25 tahun yang lampau..masa 2 pantang jumpa sampul2 surat yg dibuang atau tak buang semua setem aku bedal.Kutip kat lubang2 sampah biasa la..Minat ni terhenti sekejap bila dah besar..time tu sibuk dengan urusan duniawi yang lain.Aku sambung kumpul bila terasa hidup dah tak kelam kabut sgt...Sekarang ni nak jumpa setem yang elok2 pun dah susah sebab zaman dah maju..suma main email sj,tak pun pakai "post paid" kad raya pun dah tak guna setem.Peminat2 setem mcm aku ni tak perlu lagi susah payah selongkar tong n lubang sampah,cuma sediakan modal "RM" saja.Nak setem yang macam mana pun boleh..Setakat ni aku masih kumpul kerana hobi saja.Tak terniat nak jual, apa lg nak bagi saja..bosan dok saja2 belek2 la koleksi.
MOTIF FLORA


Antara koleksi setem generasi terbaru.Bunga- bunga unik.
MOTIF FLORA


Setem-setem generasi lama dan baru.Motif buah2an dan hasil pertanian utama Malaysia pada era 80an.Juga imej flora seperti heliconia dan sebagainya.
MOTIF FAUNA


Setem baru dan lama.Memaparkan imej haiwan-haiwan darat dan laut daripada spesis burung,mamalia,reptilia dan ikan.

SIRI 1

HARIMAU SUMATERA.SUMATRAN TIGER.panthera tigris

SIRI 2

ORANG UTAN.ORANG UTAN.pongo pygmaeus

SIRI 3

GAJAH ASIA.ASIATIC ELEPHANT.elephas maximus

SIRI 4

BADAK SUMATERA.SUMATRAN RHINOCEROS.dicerorhinus sumatrensis

SIRI 5

KONGKANG.SLOW LORIS.nycticebus coucang

SIRI 6

KIJANG.BARKING DEER.muntiacus muntjak

SIRI 7

TAPIR MALAYA.MALAYAN TAPIR.tapirus indicus

SIRI 8

KAMBING GURUN.SEROW.capricornis sumatrensis

SIRI 9

SELADANG.GAUR.bos gaurus

SIRI 10

RUSA SAMBAR.SAMBAR DEER.servus unicolour

SIRI 11
HARIMAU DAHAN.CLOUDED LEOPARD.NEOFELIS NEBULOSA

SIRI 12
MONYET BELANDA,BANGKATAN.PROBOSCIS MONKEY.NASALIS LARVATUS

Monday, March 23, 2009


WANG TENTERA JEPUN 50 SEN

Zaman yang suram bagi semua penduduk Malaya.Dikala kekurangan wang syiling ketika itu pihak Jepun telah mencetak wang kertas bernilai 5 sen,10 sen dan 50 sen.Apapun disebabkan Jepun ni cetak duit ikut suka dia sj maka org ramai hilang kepercayaan terhadap duit Jepun,pas tu apa lg menjunam la nilai matawang.Inflasi meningkat.Jadi tok nenek kita dulu kena la makan ubi kayu n bubur nasi,duit banyak tp tak ada nilai.
Bila dah tak laku duit pun jadi la koleksi saja..macam yang ada dlm blog aku ni..hhoho. dulu tak laku la ni ada la jg harga dia walaupun tak seberapa..Selamat menjamu mata..

WANG TENTERA JEPUN 1 DOLLAR


WANG TENTERA JEPUN 5 DOLLAR


WANG TENTERA JEPUN
Disember 1942,lengkap penaklukan Jepun ke atas Asia Tenggara.Oleh itu jepun telah melancarkan matawang mereka sendiri.Watawang ini ada keunikan tersendiri,iaitu matawang ini diedarkan disemua kawasan penjajahan Jepun tetapi uniknya ianya dapat dibezakan dengan abjad pertama huruf bloknya.B - Burma,S-Indonesia,P-Filipina dan M untuk Tanah Melayu.
Siri pertama yg dikeluarkan pd th 1942 dengan cetakkan Blok MA,MB mempunyai no siri.Wang ini dicetak di Jepun..menggunakan kertas jenis"woven paper". Wang kertas ini mempunyai nilai tinggi di pasaran...pada September 1942 jepun mula mengedarkan wangkertas tabpa no siri,wang ini dicetak sewenang2nya oleh tentera Jepun mengakibatkan nilainya telah merudum..akhirnya nilai di pasaran sekarang pun taklah tinggi juga..apa pun usar2 la koleksi aku..belek jgn x belek no..

Monday, March 16, 2009



Siri Pertama.10sen 1971..syiling bernilai tinggi bagi peminat syiling di Malaysia.Ini adalah kerana cetakan syiling ini hanya sebanyak 32,236 keping sahaja,menjadikannya syiling yg paling sedikit dicetak dalam sejarah wang negara Malaysia.Saban tahun harga syiling ini meningkat,mencecah ratusan ringgit..!!??


Koleksi syiling 1971..1sen,5sen,10sen,20sen,50sen.



RANCANGAN MALAYSIA KE 5

Syiling $1 1986 Copper-Nickel.Rancangan Malaysia ke 5 1986-1990.Memaparkan beberapa sektor penting perdagangan Malaysia.Tempaan oleh Singapore Mint sebanyak 1 juta keping.


PERSIDANGAN PATA KE 35

Syiling $1 1986 Coper-nickel.Dikeluarkan oleh BNM sempena persidangan PATA ke 35 yang diadakan di Kuala Lumpur pada 9-16 April 1986.Sebanyak 500,000 ditempa oleh Singapore Mint.



ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 25

Syiling 1 Ringgit 1982 Copper-Nickel.Ulang tahun ke 25 kemerdekaan Malaysia,1957-1982.Mengabadikan potret Bapa Kemerdekaan Malaysia.Sebanyak 1.5 juta ditempa oleh Royal Mint UK.



RANCANGAN MALAYSIA KE 4

1 Ringgit 1981 Copper-Nickel.Ditempa sempena Rancangan Malaysia Ke 4,1981-1985. Memaparkan potret Tun Hussein Onn,Perdana Menteri Malaysia ketika itu dan imej Jata Negara.1 juta keping diedarkan.Tempaan oleh Franklin Mint.


SAMBUTAN ABAD KE 15 HIJRAH-1401 HIJRAH

Syiling $1 1980(1401 Hijrah) Copper-nickel.Edaran sempena sambutan abad ke 15 Hijrah.Sebanyak 500,000 diedarkan.


ULANG TAHUN KE 20 BNM

Syiling $1 1979 Copper-Nickel.Diedarkan sempena ulang tahun ke 20 Bank Negara Malaysia.1959-1979.Sebanyak 300.000 sahaja diedarkan.Tempaan oleh Birmingham Mint.


100 TAHUN GETAH ASLI
Syiling $1 Copper-Nickel 1977. Sempena ulang tahun ke 100 tahun getah asli 1877-1977.Sebanyak 500,000 telah ditempa dan diedarkan.


20 TAHUN MERDEKA

Syiling 1 Ringgit.Copper-Nickel.Dikeluarkan sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke 20.1957-1977.Mengabadikan potret Perdana Menteri Malaysia yang pertama,Tunku Abdul Rahman dan Jata negara.Dicetak sebanyak 500,000 keping oleh Franklin Mint.


SUKAN S.E.A. KE 9

1 Ringgit.Copper-Nickel,1977.BNM mengeluarkan syling ini sempena memperingati sukan SEA ke 9 yang diadakan di Kuala Lumpur.1 juta keping dikeluarkan.