Tuesday, February 28, 2012

SOLID pair 9 juta/10 juta


SOLID 9..

10 juta
0000001...fuhhhh

Dah lama menjadi idaman.Walaupun cuma bernilai RM1 tapi sebagai pengumpul,kepuasan sgt lebih penting.Bukan perkara mudah untuk terjumpa/berjumpa dengan wang kertas bernombor sebegini..
Seumur hidup,dari zaman kanak2 hingga sekarang,setiap kali hari gaji,setiap kali menerima habuan dr berbagai sumber..pernah jumpa/dapat duit bernombor mcm ni??!! pernah memegang beribu2 keping wang kertas tapi berapa kali terjumpa dgn "low numbers"..


pengajaran...rasa sedih.. nak marah pun ada,Kalau anda sayangkan koleksi2 yg hebat2 yg ada dalam album tu,jangan la ghairah sgt nak tunjuk2 kt kawan2 yg x memahami tentang koleksi duit ni.Berhati2..koleksi anda mungkin akan jatuh grednya..ini la yg terpaksa aku telan.Koleksi di atas dah x UNC sbnrnya..cuba perhatikn betul,ada kesan lipatan sepanjang 1 inci di tepi no prefix merah sblh kanan.kesan yg x akan hilang dah..huhu sedihhhh.
Nasihat...kepada rakan2 yg bukan pengumpul,berhati2 la bila anda membuat sentuhan pada koleksi2 note sebegini..pastikan sentuhan anda tu bukan "sentuhan kecundang"..


AFP 0000001-0000005

Friday, February 17, 2012

RM1 Siri Ke 2


10 keping note RM1 siri kedua,1972.Dicetak oleh Bradbury Wilkinson.Tandatangan oleh Tun Ismail Mohd Ali.UNC dengan sedikit kesan kekuningan.Agak sukar nak dapatkan koleksi siri ke 2.Oleh kerana kesukaran untuk mendapatkan koleksi ini maka ianya menjadi antara koleksi paling berharga.
KOLEKSI LOW PREFIX..one one


A/2 Siri pertama,06.1967,Tun Ismail Mohd Ali..Ejaan lama "Gabenor" "Di-perlakukan"
masih memburu prefix A/1,B/1,D/1


Prefix C/1,siri pertama


Prefix G/1


Prefix H/1


Prefix J/1

Prefix G/1 siri ketiga,28.1.1976,Tun Ismail Mohd Ali..Ejaan baru "Gabenur" "Diperlakukan"
Ejaan baru pada matawang mula digunakan pada keluaran siri ke 2(1972)

Prefix L/1 Siri Ketiga
masih memburu prefix F/1,H/1,J/1,K/1..up date,dah dpt H/1,J/1

Prefix M/1,Siri keempat,1981,Tan Sri Abdul Aziz b Taha


Prefix N/1


Prefix P/1


Prefix Q/1
masih memburu prefix P/1..update ,dah dpt P/1 :-)

Koleksi 'low prefix' yang agak sukar utk mendapatkannya,terutama bagi siri ke 2 (1972).Kesukaran ini mungkin kerana siri ke 2 agak terhad keluarannya..hanya prefix D dan E sahaja.Prefix E/1 siri ke 2 masih dalam buruan,walaupun agak susah tapi tidak mustahil..

Monday, February 6, 2012

SP PLAZA PASAR LAMBAK
Setiap AHAD


Setelah beberapa bulan aktiviti ini beroperasi ini pertama kali aku berkesempatan menjejak kaki ke SP Plaza,Pasar Lambak.Jarak hanya 1 jam perjalanan dr rumah.Tak jauh pun.Tapi di sebabkn Ahad hari bekerja bg negeri Kedah, jd peluang agak tertutup untuk berjumpa tauke/otai numis dan filateli.Sebahagian sudah lama kenal,sebahagian lg hanya Friends di FB..


Kebetulan semalam(org Kedah sebut kemarin)5.2.2012 cuti sempena Maulidurrasul.Pejabat2 kerajaan yg beroperasi di SP plaza ni bercuti,jd tak ramai sgt la pengunjung..lau mngikut info dr Mr Neoh biasanya pelanggan akan lebih ramai kalau tak cuti.Sambil berurusan dgn pejabat sambil ushar2 note,coin,antik dan setem2 di lobi SP plaza.Benda dah terhidang mcm2 note kertas/coin yang ada,tak minat pun boleh jd minat...tauke pun senyum aja la..:-)


Aku x pasti apa nama tauke ni,sibuk2 dok pandang2 sana sini lupa pulak nk berkenalan..Dalam bekas merah tu ada mcm2 coin Antarabangsa.Coin 5 kupang terbelah pun ada,dijual dua hengget sj sekeping..


Berbaju merah ialah otai Lim Chee Cheong.Sibok melayan pelanggan dengan berbagai infomasi

Mr Neoh(berbaju belang) tauke kedai numis/setem di Central Plaza Sg Petani.(Rujuk posting jelajah)

Ng Lai Soon,berbaju merah http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=1625316117, byk koleksi note2 yang hebat tp tak dipamerkan.tp beliau x kedekut utk berkongsi ilmu/maklumat tntg perkembangan hobi ini.Aku berkesempatan berbual dgn beliau dan dpt jg la info2 menarik.Beliau juga ada koleksi setem2 yg sgt rare..

walaupun cuti tapi pengunjung boleh dikira "boleh tahan" jg la.Tak putus2..

Mr Neoh,hanya menjual item2 setem sahaja.Penjual tunggal setem.Katanya note n coin dah ramai org jual,jd setem adalah kekuatan beliau di pasar lambak ni..:-)



Weng Business,anak lelaki Ah Kid yg terkenal di rope walk Taman Selat,B'tworth.Note2 yang dijual boleh tahan jg..antaranya 2 keping note Seribu,Sa Ratus dan sbgainya.


Otai Melayu..Truena Malaya Collection.Satu2nya kolektor/dealer Melayu pada hari ini.Ramah, tak putus2 terima kunjungan.Kolektor2 yg berdekatan bolehlah sesekali bagi sokongan kt beliau..sokongan moral n wang ringgit.Dua2pun beliau terima rasanya :-)