Wednesday, November 10, 2010

Untuk Di Jual
For Sale

RM10 Ahmad Don.
Note masih cantik.Belum n tidak pernah dilipat.Bucu2 semua tajam macam pisau.Cuma ada sikit kesan kekuningan yg minima pd bahagian yg bewarna putih tu...Cond note ni aku bg AUNC..harga jualan rm23.00 sekeping.Kalau ambik byk boleh la dicount sikit2 ja lg..


Sesiapa yg berminat untuk UNC pun boleh sms aku.ada la stok sikit2..

Tuesday, October 26, 2010

Untuk Dijual
for sale


RM10 Replacement ZE
Semua note ni dijual dgn harga RM17 sekeping




Sunday, October 17, 2010

Untuk Di Jual
for sale

RM10 Replacement ZD

RM16 pcs SOLD

RM10 Replacment ZD

3pcs RM48 SOLD

RM10 replacment ZE

RM17 pcs. SOLD out
Koleksi Terhangat
RM50 SOLID











SOLID 3 telah berpindah tangan ke saudara Blurguyz79



Semua note di atas bukan untuk dijual lagi.Harap maklum

Sunday, October 3, 2010


Album Tahunan
(Annual Album)
Koleksi Setem Malaysia 1998


POsting kali ini masih terus dgn koleksi kesayangan iaitu album tahunan.1998 merupakan tahun bersejarah bg Malaysia kerana pd 1998 Malaysia sedang berusaha untuk menganjurkan Sukan Komenwelth.Negara Asia pertama menjadi tuan rumah temasya ke 2 terbesar di muka bumi.Tarikh 11 - 23 Sept 1998 telah menjadi bukti bahawa Malaysia telah berjaya dgn cemerlang menganjurkan SUKOM98 kali ke 16
Dalam album ini jg byk mengutarakan kejayaan atlet Malaysia di SUKON98 melalui setem dan lembaran mini,antaranya Detik2 Kegemilangan SUKOM98.


Kulit depan dan Sampul album,warna- warni SUKOM98


Kandungan :
1. Buah-buahan Nadir Malaysia
2. Tempat Berlangsung Sukan Kuala Lumpur 98
3. Warisan Matawang
4. 50 Tahun PBSM Malaysia
5. Lapangan Terbang Kuala Lumpur(KLIA)
6. Tumbuhan Ubatan Malaysia
7. Sukan Kuala Lumpur 98
8. Pemodenan Pengankutan Rel
9. Persidangan APEC
10. Minggu Setem 98-Serangga Malaysia
11. Detik-Detik Kegemilangan Sukan Kuala Lumpur 98


KLIA



Warisan Matawang


Buah-Buahan Nadir Malaysia


Sukan Kuala Lumpur 98


Detik-Detik Kegemilangan Sukan Kuala Lumpur 98

Thursday, September 23, 2010

Album Tahunan.
Koleksi Setem Malaysia 1992.

Hari ini aku nak berkongsi pulak dgn peminat2 setem tentang koleksi album tahunan keluaran 1992.Koleksi yg sudah berusia 18 tahun.Seusia dgn anda yg lahir pada tahun 1992,sudah matang dan mungkin x lama lg akan juga berkahwin.
Untuk peminat2 setem album ini baru 4 tahun menjadi milik peribadi.Kalau x salah dibeli dgn harga rm100..harga asal jauh lebih murah.Mengandungi 7 tema keluaran setem pd tahun tersebut.
1. Pelancaran Pos Malaysia Berhad
2. Ulang Tahun ke 25 Asean
3. Juara Piala Thomas 1992
4. Ulang Tahun ke 125 Keluaran Pertama Setem Malaysia
5. Jubli Pereak Pemerintahan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
6. Hutan Tropika Malaysia
7. Batu-Batu Karang Malaysia
Muka surat Kandungan.7 tema setem,serta sampul album.
Contoh mukasurat dan setem Pelancaran Pos Malaysia Berhad.
Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Yang Di pertuan Besar Negeri Sembilan.

Mukasurat Lembaran Mini-Batu Karang Malaysia,Pos Malaysia dan Juara Piala Thomas.
Semua tema disertakan dgn butiran setem dan maklumat tentang peristiwa/tema.Gambar2 yg menarik serta informasi yg lengkap membuat hati x jemu2 membelek koleksi ini.

Tuesday, September 14, 2010

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya dan Salam Aidilfitri untuk semua.Semoga Aidifitri tahun ini terus bermakna untuk kita bila dapat berjumpa sanak saudara dan kawan2 yg dah lama menghilang..saling memohon ampun dan maaf di atas ketelanjuran sikap dan kata.

Album Tahunan
(Annual Album)

Untuk entry kali ini aku nak berkongsi sikit tentang koleksi setem.Bermula dgn Album Tahunan .Aku rasa x ramai peminat setem yg mngenali dan mengetahui adanya album tahunan ini.Album yg menghimpunkan semua keluaran setem untuk tahun tersebut.
Membelek album tahunan ini adalah sesuatu yg sgt mengujakan..kerana bahan kertas yg digunakan sgt berkualiti.Warna -warni.Gambar2 yg menarik serta informasi yg cukup lengkap,informasi berkaitan tema setem.Umpama membaca sebuah ensiklopedia..
Biasanya koleksi terhad ini berkulit keras dan didatangkan bersama2 sampul album tersebut.Mudah disimpan.Sgt sesuai untuk anak2 membaca dan merujuk.

Album Tahunan 1989

kulit depan album (hard cover)bersama dgn sampulnya


Isi kandungan album.Ada 8 tema setem untuk tahun 1989.Setebal 16 muka surat tidak termasuk kulit.


antara kandungan album..pelancaran penerbangan terus pesawat 747-400 ke London.Ada lukisan menarik tntg kemajuan Malaysia. Info dalam dwi bahasa..BM & BI


Sambutan Jubli Emas taman Negara..perhatikan 2 kpg setem dan lukisan yg cantik
.

Ini pula Jambori Nasional Malaysia ke-34.Juga ada 3 setem dan lukisan yg sgt cantik.
Untuk Di Jual

Album Tahunan 2009
(Koleksi Setem Malaysia)

Album tahunan,himpunan setem2 keluaran 2009 termasuk lembaran mini.cantik menarik,memang debomm...Keluaran terhad,baru beli.Aku ada 2 album.nak letgo 1 sahaja.
Ini isi kandungan album setem.close up baca sendiri apa yg ada.I6 tema keluaran menarik.

Scan di atas ialah antara kandungan buku setem.Koleksi yg hebat,siap dengan setem dan gambar2 menarik,umpama membaca sebuah buku.Semua maklumat berkaitan tajuk dan setem di ceritakan secara terperinci.
Kalau ada yg berminat boleh la sms atau call 0134922322.harga munasabah yg ditawarkan untuk koleksi hebat ini ialah RM185 termasuk pos.

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Kepada semua rakan2 blog dan juga pengunjung setia blog ini,sejuta ampun dan maaf di atas salah dan silap sepanjang mengendalikan blog ini.Andai timbul rasa ketidakpuasan di hati selama anda masuk ke sini harap diampuni.Segala komen2 dan mkin ada juga add yg menyentuh hati mana2 pihak harap juga di maafi..
kita kembali semula berblog selepas raya nanti..

Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin

Wednesday, August 25, 2010

BERCUTI..

Maaf byk2 kepada pengunjung2 blog aku ni sbb dah lama x update.Bulan2 posa ni malas nak berblog..baca blog pun malas jg.Tunggu posting baru lepas raya..

Monday, August 9, 2010

Sahabat...

7.8.2010 antara catatan sejarah peribadi.Setelah beberapa kali merancang dan asyik tergendala akhirnya tuhan makhbulkan juga.Bukanlah tentang sesuatu yg sangat besar tapi ianya mempunyai nilai yg tersendiri...

Pertemuan dengan seseorang yang sudah banyak sgt membantu.membantu dalam mengayakan lagi koleksi aku.Sanggup bersusah payah bila pertolongannya kita perlukan..Selama ini hanya suara yg kedengaran,sampai 2 3 jam bila bercakap ditelefon.Akhirnya empunya suara dapat juga aku jumpa...Blurguyz79,tuan punya blog http://blurguyz79.blogspot.com/
pertemuan yg disengajakan ini berlangsung di Armcorp Mall,Petaling Jaya.





bersama saudara Blurguyz79..


Walaupun masa yang terluang tidaklah panjang tetapi ianya sangat bermakna kerana bukan senang untuk berjumpa bila masa n jarak yang menjarakkan.Dah 2 3 kali merancang baru jadi.



Dalam pertemuan yang singkat itu kami sempat juga bertukar2 beberapa item koleksi..Antaranya,lihatlah BOX yg menarik ini..pusing lah satu duniapun x akan ada duanya.Hasil seni kreatif saudara Blurguyz79..



Ini lah dia...BOX untuk coin keris.Hasil yg sangat2 cantik n memuaskan.Halus seninya.Terima kasih untuk Blurguyz79..terima kasih daun keladi..


Cantik..Syiling Keris tersusun rapi...ala2 proof gitu..

Monday, August 2, 2010

Wang Polimer
(polymer banknote)

Nigeria
Central Bank of Nigeria
20 Naira(2006)
131 x 72mm


depan- General M. Muhammed
belakang-Seni kraf



10 Naira
131 x 72mm

depan-A Lkoku
belakang- Wanita menjunjung mangkuk



5 Naira
131 x 72mm
depan-Alhaji Sir Abubakar Tafawa Balewa
belakang-Tarian tradisional

Sunday, July 25, 2010

Wang Polimer
polymer banknote


Singapura
2 Dollar(2003)
126 x 63mm

depan-Presiden Encik Yusof b. Ishak
belakang-Pendidikan


5 Dollar(2007)
133 x 66mm

depan- Presiden Encik Yusof b.Ishak
belakang- Bandar Dalam Taman



10 dollar(2005)
141 x 69mm
depan-Presiden Encik Yusof b. Ishak
belakang-Kegiatan Sukan