Thursday, September 23, 2010

Album Tahunan.
Koleksi Setem Malaysia 1992.

Hari ini aku nak berkongsi pulak dgn peminat2 setem tentang koleksi album tahunan keluaran 1992.Koleksi yg sudah berusia 18 tahun.Seusia dgn anda yg lahir pada tahun 1992,sudah matang dan mungkin x lama lg akan juga berkahwin.
Untuk peminat2 setem album ini baru 4 tahun menjadi milik peribadi.Kalau x salah dibeli dgn harga rm100..harga asal jauh lebih murah.Mengandungi 7 tema keluaran setem pd tahun tersebut.
1. Pelancaran Pos Malaysia Berhad
2. Ulang Tahun ke 25 Asean
3. Juara Piala Thomas 1992
4. Ulang Tahun ke 125 Keluaran Pertama Setem Malaysia
5. Jubli Pereak Pemerintahan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
6. Hutan Tropika Malaysia
7. Batu-Batu Karang Malaysia
Muka surat Kandungan.7 tema setem,serta sampul album.
Contoh mukasurat dan setem Pelancaran Pos Malaysia Berhad.
Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Yang Di pertuan Besar Negeri Sembilan.

Mukasurat Lembaran Mini-Batu Karang Malaysia,Pos Malaysia dan Juara Piala Thomas.
Semua tema disertakan dgn butiran setem dan maklumat tentang peristiwa/tema.Gambar2 yg menarik serta informasi yg lengkap membuat hati x jemu2 membelek koleksi ini.

Tuesday, September 14, 2010

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya dan Salam Aidilfitri untuk semua.Semoga Aidifitri tahun ini terus bermakna untuk kita bila dapat berjumpa sanak saudara dan kawan2 yg dah lama menghilang..saling memohon ampun dan maaf di atas ketelanjuran sikap dan kata.

Album Tahunan
(Annual Album)

Untuk entry kali ini aku nak berkongsi sikit tentang koleksi setem.Bermula dgn Album Tahunan .Aku rasa x ramai peminat setem yg mngenali dan mengetahui adanya album tahunan ini.Album yg menghimpunkan semua keluaran setem untuk tahun tersebut.
Membelek album tahunan ini adalah sesuatu yg sgt mengujakan..kerana bahan kertas yg digunakan sgt berkualiti.Warna -warni.Gambar2 yg menarik serta informasi yg cukup lengkap,informasi berkaitan tema setem.Umpama membaca sebuah ensiklopedia..
Biasanya koleksi terhad ini berkulit keras dan didatangkan bersama2 sampul album tersebut.Mudah disimpan.Sgt sesuai untuk anak2 membaca dan merujuk.

Album Tahunan 1989

kulit depan album (hard cover)bersama dgn sampulnya


Isi kandungan album.Ada 8 tema setem untuk tahun 1989.Setebal 16 muka surat tidak termasuk kulit.


antara kandungan album..pelancaran penerbangan terus pesawat 747-400 ke London.Ada lukisan menarik tntg kemajuan Malaysia. Info dalam dwi bahasa..BM & BI


Sambutan Jubli Emas taman Negara..perhatikan 2 kpg setem dan lukisan yg cantik
.

Ini pula Jambori Nasional Malaysia ke-34.Juga ada 3 setem dan lukisan yg sgt cantik.
Untuk Di Jual

Album Tahunan 2009
(Koleksi Setem Malaysia)

Album tahunan,himpunan setem2 keluaran 2009 termasuk lembaran mini.cantik menarik,memang debomm...Keluaran terhad,baru beli.Aku ada 2 album.nak letgo 1 sahaja.
Ini isi kandungan album setem.close up baca sendiri apa yg ada.I6 tema keluaran menarik.

Scan di atas ialah antara kandungan buku setem.Koleksi yg hebat,siap dengan setem dan gambar2 menarik,umpama membaca sebuah buku.Semua maklumat berkaitan tajuk dan setem di ceritakan secara terperinci.
Kalau ada yg berminat boleh la sms atau call 0134922322.harga munasabah yg ditawarkan untuk koleksi hebat ini ialah RM185 termasuk pos.

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Kepada semua rakan2 blog dan juga pengunjung setia blog ini,sejuta ampun dan maaf di atas salah dan silap sepanjang mengendalikan blog ini.Andai timbul rasa ketidakpuasan di hati selama anda masuk ke sini harap diampuni.Segala komen2 dan mkin ada juga add yg menyentuh hati mana2 pihak harap juga di maafi..
kita kembali semula berblog selepas raya nanti..

Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin