WARISAN
Numismatik
MALAYSIA
Sebuah buku yang hebat dari BNM.Buku berkulit keras, setebal 386 muka surat ni padat dengan kandungan tentang perkembangan matawang bermula dari era pertukaran Barangan kemudian ,meneruskan perkembangan di zaman Kesultanan Melayu, seterusnya di zaman penjajahan dan berakhir dengan Era Kemerdekaan.
Diperincikan satu persatu perkembangan matawang ini beserta dengan gambar2 berwarna yang menarik.Juga diselitkan tentang DOLLAR PERDAGANGAN iaitu kisah pelbagai jenis duit syiling dari Benua Eropah yang digunakan untuk perdagangan di Kepulauan Melayu.
Buku berwarna meroon,tebal dan agak berat.Terbitan pertama Unit Muzium Matawang dan Arkib 2003..dah lama dah,tp kenapa sekarang baru dijual??
s
Cenderahati menarik dr BNM..nak beg yang hitam menawan ni jadi milik anda?Percuma, bila anda membeli sebuah ilmu yang hebat ini.Sangat sesuai kepada semua yang berminat dengan sejarah matawang.Buku berharga RM100 ini boleh dibeli di Muzium matawang BNM..terdapat dua versi bahasa..Melayu dan Inggeris..kisah lanjut dalam..http://lunaticg.blogspot.com/2011/09/sasana-kijang-bank-negara.html
Kandungan..Lapan Bab
1. Wang dan Perkembangannya
2. Matawang Awal
3. Jongkong Timah Sebagai Matawang di Semenanjung Tanah Melayu
4. Matawang kesultanan Melayu
5. Matawang Semasa Penjajahan
6. Dollar Perdagangan
7. Matawang Persendirian
8. Matawang Keluaran BNM
Antara muka surat yang terdapatdalam buku yang ini.
Gambar2 berwarna mengiringi setiap maklumat/perkembangan matawang yang dikisahkan.Membaca sambil mengenali matawang.
Kepada yang berminat jangan lepaskan peluang memiliki buku ini.Setiap peminat matawang perlu ada buku yang sangat lengkap ini.Jadilah antara yang terawal memilikinya..
Kepada pengumpul2 baru/yg baru nk mula mengumpul harap maklum,ini ialah buku tentang perkembangan matawang .Dalam buku ini tak ada cerita tentang harga note atau syiling,xtak ada juga kisah first/last prefix..apatah lg kisah croos prefix lg la x ada..hehe
kat mana ada jual buku ni ya? area butterworth ni ada jual x?
ReplyDelete