BUKU= Mengikut kamus dewan ,buku bermaksud helaian kertas berjilid yang berisi tulisan dsb untuk dibaca atau yang mengandungi ruangan kosong untuk ditulis,
KATALOG=Butiran senarai yang lengkap,biasanya mengikut abjad,beserta catatan tentang perinciannya.
Maaf ya,entry kali ni bukan nak mengajar bahasa pulak.Cuma nak betulkan sedikit sj tentang salah faham tentang maksud buku dan katalong berserta isi kandungannya.Sering kali ada sj kolektor matawang ni bertanya" Dalam buku ni ada ke tulis harga note/syiling?" Ayat tanya ni akan terdengar bila sj ada buku/katalog baru yg berada di pasaran.Harap2 lepas ini semua akan lebih faham tentang bezanya sebuah buku dan katalog kerana kandungannya.
Ini antara contoh2 buku berkenaan matawang yang ada dalam simpanan.Mari kita tengok dan faham sikit kandungannya.
Contoh2 buku berkaitan hobi matawang yang aku ada.Macam yang dah dinyatakan tadi apa itu buku..kertas berjilid dan bercetak dengan tulisan untuk dibaca,serta gambar2 sebagai rangsangan membaca.
Kandungan buku2 matawang...Kebanyakkannya berkisar tentang sejarah penggunaan matawang.Kisah2 matawang zaman dahulu kala hingga zaman moden ini.Kisah2 pertukaran barang(butter) sblm adanya matawang,bentuk2 matawang,bahan2 digunakan dalam pembuatan matawang.Juga sejarah matawang mengikut semua zaman..zaman kesultanan melayu,zaman penjajah,zaman sekarang(selepas merdeka)
Dalam buku2 ini tidak ada senarai harga untuk semua matawang kerana ini buku sejarah bukannya katalog untuk rujkan harga dan prefix atau TT gabenor.
Contoh2 katalog untuk pengumpul2 wang kertas/syiling sebagai koleksi..KN Boon,Peter Eu & Ben Chiew,Steven Tan..
Ini barulah katalog yang berjilid dalam bentuk buku.Rupa buku sbb ni memang buku pun..tapi buku ni ada butiran lengkap,juga penjelasan lengkap,ikut urutan tertentu,gambar2 wang kertas dan syiling dinyatakan dengan terperinci tahun keluarannya,jumlahnya,prefixnya,harganya,gred
,t/tgn gabenor,prefixnya..semua perincian ini adalah bertujuan utk proses pembelian sebagai koleksi dan juga untuk rujukan.dengan penjelasan/butiran terperinci ini maka buku ni dikelaskan seabgai KATALOG.
Katalog,sama juga dengan katalog yg kita belek2 bila nak beli perabot2 rumah,alat2 elektrik/elektronik ,beli barang2 solek Avon atau apa jua.Walaupun dlm bentuk buku tapi ianya tetap katalog..
Contoh2 perincian yang dipaparkan..
Antara contoh muka surat yang memperincikan segala maklumat berkaitan gambar.Dinyatakan dengan tepat :-
*Tahun keluaran,gabenor
*Ukuran/saiz,pencetak
*Prefix
* Gred/keadaan fizikal
* Harga cadangan mengikut gred..
Semua maklumat yang dinyatakan adalah fakta yang tetap kecuali harga.Harga akan berubah mengikut permintaan atau penawaran.
*Nilai muka syiling
*Bahan/kandungan syiling-emas,perak,gangsa dll
*Jenis syiling-proof/biasa
*Berat,garis pusat,ketebalan
*Gred dan harga cadangan mengikut jenis dan gred
* Ciri2 fizikal kupon-ukuran
*Pencetak/tahun cetakan
*Jenis/warna kupon
*Nilai muka kupon
*Harga cadangan mengikut gred dan tahap kesukaran mendapatkannya
Dalam semua katalog ini diceritakan serba ringkas tentang beberapa fakta sejarah penjajahan dan sejarah penggunaan matawang..dan x lupa ada iklan2 sampingan yang berkaitan..:-)
Diharapkan entry ini sedikit sebanyak dapat membantu kita semua faham tentang maksud buku dan katalog dan membezakan isi dan kegunaanya