
Memulakan parjalanan pagi dari Kem Sungai Gading dengan bacaan doa.Memohon perlindungan dariNya.Hindarkan kami dari perkara2 yg tak diingini.Mudah2an selamat segalanya.

Langkah pertama dari Kem Sungai Gading menuju ke Kem Ulu Sungai Gading.Perjalanan selama 3 jam.Melalui track yang mendatar dan sedikit berbukit saja.Perjalanan agak mudah dan tidak beberapa memenatkan kerana tidak membawa beg,sekadar coklat dan air.
sesi berfoto,pertengah perjalanan menuju Kem Ulu Sungai Gading..Khai,aku,Sham,Harold Sam
Tepat jam 10.13 minit pagi,aku dan beberapa peserta dalam kupulan pertama menjejak kaki di Kem Ulu Sungai Gading pada ketinggian 875 meter OSL.


Mengabadikan beberapa kenangan di Kem Hulu Sungai Gading.Berehat,minum sementara menunggu peserta lain sampai.

Langkah Pertama meninggalkan Kem Hulu Sungai Gading,laluan dan bukit yang sangat mencanak,menegak,pagok..dan macam2 lg la.Menuju ke "last water point" laluan yang sangat berbukit.Perjalanan yg melembutkan lutut ini mengambil masa lebih kurang 2 jam.Semangat mengatasi segalanya.

Suasana dari atas tebing bukit sebaik tiba di last water point.Aku berjaya sampai pada pukul 11.40 am.Beselerakan.Kebetulan pada hari yang sama sekumpulan guru/murid dari Sg Siput,Perak turut sama mendaki.Susana hening distruktur berbatu ini bertukar jadi riuh rendah..

Last Water Point,1320 meter OSL
No comments:
Post a Comment