Wednesday, April 1, 2009



RM 2 SIRI 9 1999

Wang Gantian.Gabenor Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman.Tandatangan tepi(side signature) Hanya prefix ZD sahaja dicetak untuk wang gantian ini.Wang gantian siri ini sangat sukar diperolehi dan harga juga agak tinggi.Koleksi ini pun baru aku beli (29.3.09) dari Sg Petani..Walaupun tak la cantik sgt (VF) tapi kira ok la daripada tak ada langsung...


RM2 SIRI 8 1996-1998

Wang gantian.Gabenor Tan Sri Ahmad Mohd Don.Wang RM 2 yang telah dihentikan percetakannya tapi masih laku dalam pasaran..dah jarang2 kita jumpa.Mungkin dalam sedikit masa lagi wang ini terus lenyap dalam pasaran sebab rosak ataupun terus jd koleksi pengumpul2.Wang gantian siri ini dikeluarkan dalam prefix ZA,ZB dan ZC.Agak sukar diperolehi dan harganya juga semakin meningkat..

Friday, March 27, 2009




SIRI 2.1989

Ini pula siri ke 2 Syiling Malaysia.Diperkenalkan pada tahun 1989.Dengan nilai muka 1,5,10,20,50 dan $1. Muka hadapan masih mengekalkan imej bunga kebangsaan(bunga raya). Muka belakang pula imej2 permain tradisional rakyat malaysia seperti gasing,congkak dan wau bulan pada syiling 1,10 dan 50 sen.Tepak sirih pada syiling 20 sen dan keris pada syiling $1.


SIRI 1 1967

Malaysia melancarkan duit syiling pertama pada tahun 1967.Setelah taraf sah mata wang Malaya dimansuhkan pada 16 Jan.1969 matawang Malaysia diperlakukan sepenuhnya.Syiling2 ini dikeluarkan dalam nilai muka 1,5,10,20,50 sen dengan syiling 1 sen diperbuat drpd gangsa dan syiling lain drpd campuran kupro-nikel.Muka depan tertera megah bangunan Perlimen,bulan dan bintang.Pada muka belakang pula bunga raya jd penyeri serta perkataan MALAYSIA dan tahun tempaan.Wang syiling ini direka oleh Geoffrey Colley.

1.5.10.20.50 sen siri 2 1994..copper-nickel..apa yang istimewa sgt syiling2 ni? Syiling yg masih kita gunakan dlm urusan seharian..beli itu beli ini...tapi cuba seluk saku anda sekarang ada tak syiling 10 sen n 20 sen tahun 1994 ni? Syiling 10sen n 20sen ini pun kira RARE juga la.Yang nilai 1 sen,5 sen tu tak la RARE pun..Ramai pengemar tak akan lepaskan kalau jumpa.10 sen-7,122,22 n 20 sen-2,680,339.Ini lah jumlah syiling tersebut yg ada dlm edaran seluruh Malaysia.Sekali pandang mcm banyak kan....??


50 sen siri 2 1995..RARE? tak percaya cuba belek2 syiling yg ada dlm simpanan..x ada? Syiling ini pun aku ada 3 keping shj.Hanya sbyk 1,650,423 shj diedarkan..jadi agak sukar ja nak dptkannya..

20 sen siri 1.1970. Syiling ini agak sukar nak dapat/ditemui kerana hanya sbyk 1,054.000 shj yang diedarkan.Aku pun hanya ada 2 keping shj,tu pun tak la cantik.Taka pernah lg aku jmpa/tengok yang UNC apa BU.Kiranya syiling ni RARE la pd pengumpul2 mcm aku ni.


SIRI 2 2003

Syiling ini pun dikatakan Rare juga..betul ke?.Aku masih belum dpt maklumat jumlah tempaan syiling ni..Ada la 10 keping dalam simpanan aku..kalau ada sapa2 nak tukar2 boleh la contact aku..en.My-koleksi boleh tlg jawab kot..
COIN IN EDUCATION 2003
Pendidikan Melalui Duit Syiling


Siri Mamalia.25 sen.Syiling Pendidikan edisi terhad ini dikeluarkan pada tahun 2003 bertujuan menyedarkan kita tentang beberapa spesies yang diancam kepupusan.Melalui syiling ini dapat kita memahami dan mengetahui beberapa perkara yang mungkin dapat menyelamatkan haiwan2 ini drpd.menerima nasib malang seperti dinosour..
Di keluarkan oleh BNM dengan tempaan oleh The Royal Mint Malaysia,jenis Emas Nordic(Nordic Gold).Dengan berat 9.16g dan ketebalan 2.0mm hanya sebanyak 100,000 keping sahaja diedarkan.

Wednesday, March 25, 2009


MALAYA KING GEORGE VI

One cent,1st Julai 1941.Wang ketas ini digunakan sebelum Jepun mendarat di Melayu.Ditantangani oleh H.Weisberg di cetak oleh Thomas De La Rue(THLR).Wang kertas ni hanya mempunyai cetakan sebelah muka sahaja.