Showing posts with label Sejarah Wang. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Wang. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

Antara Matawang Terawal..

Gambar di atas merupakan logam emas dan perak dari zaman Mesir kuno,yg dijadikan matawang berlandaskan berat logam tersebut, bukanya rupa bentuk logam.Dipercayai mula digunakan sejak kurun ke-14 Sebelum Masihi.


Dipercayai negara China adalah negara paling awal yg mengeluarkan/memperkenal wang kertas untuk edaran iaitu bermula dari kurun ke-11 Masihi.Di atas merupakan contoh wang kertas semasa era pemerintahan Dinasti Ming yg dikeluarkan oleh Lembaga Hasil.
Wang kertas diperkenalkan kerana untuk mengatasi masalah kekurangan logam tembaga yg ketika itu merupakan syiling yang diguna pakai.Kerajaan memerlukan jumlah logam tembaga yg sangat banyak sebagai duit syiling harian.
Wang kertas yg awal,asalnya dikeluarkan oleh bank tempatan untuk memudahkan pedagang supaya tidak perlu membawa syiling tembaga yg terlalu banyak dan berat.


Duit Syiling LYDIA-berasal dari Lydia,Turki.Dipercayai sebagai syiling yang terawal digunakan iaitu pada kurun ke-7 Sebelum Masihi.Kemudian idea perkembangan duit syiling ini telah berkembang ke Eropah,Mediterranean dan juga Asia.Orang barat dikatakan meniru syiling Lydia ini tetapi menggunakan versi mereka sendiri.
Negara China juga tidak ketinggalan,mereka mengeluarkan duit syiling yg berbentuk barang keperluan harian seperti penyodok,pisau dan kulit siput gerus.

Kulit Siput Gerus

Salah satu matawang yg digunakan sebagai medium pertukaran di Semenanjung Tanah Melayu sejak kurun ke-13 Masihi.Kulit siput gerus ini di import dari Kepulauan Maldives atau Borneo.Di gunakan untuk pembelian bernilai kecil sahaja.

50 biji siput gerus = 1 keping/pitis
3 keping/pitis = 1 sen/sou
100 sen/sou = 1 dollar = 15,000 siput gerus


Kulit siput yang dipercayai Siput Gerus milik saudara Ridzuan Abd Jalil.


Ruj: Warisan Numismatik Malaysia,BNM,2003
Sejarah Matawang dan Perkembangannya
Wang-Ditakrifkan sebagai benda/barang yg selalu digunakan untuk membuat pembayaran mengikut undang2 yang terjamin nilainya secara berterusan.

Kewujudan wang merupakan satu penyelesaian dalam kesulitan yang timbul daripada sistem pertukaran barang(butter)

Apa-apa jua bentuk komoditi yg dipilih sebagai matawang hendaklah tinggi nilai permintaannya.

Teknologi baru dan matawang tradisional sama-sama memenuhi permintaan zaman moden ini yg lebih mementingkan kecepatan dan kemudahan.

Ruj: Warisan Numismatik Malaysia,BNM,2003

Monday, March 16, 2009

SEJARAH WANG KERTAS

BNM telah memngeluarkan wang kertas Malaysia yg pertama pad th 1967,mengandungi nilai $1,$5,$10,$50 dan $100. $1000 pula dikeluarkan pada 2 Sept 1968.Reka bntuk asas bg kesemua wang ini ini adalah sama iaitu muka depannya mengandungi potret DYMM Yang di-Pertuan Agong pertama,beserta perkataan Bank Negara Malaysia dan Tandatangan gabenor Tun Ismail Mohamed Ali.Muka belakang wang kertas dihiasi dgn logo BNM dan corak geometri.Sempena penggunaan rasmi ejaan baru Bahasa Malaysia pd 16 Ogos 1972,BNM telah menggunakan ejaan baru dlm percetakannya,tetapi masih mengekalkan rekabentuk lama.Contohnya wang kertas $10,perkataan "SA-PULOH" ditukarkan kepada "SE-PULUH". Pada th 1976,langkah keselamatan tambahan iaitu imej pendam(latern Image)telah digunakan,dimana angka Arab akan timbul kelihatan apabila wang kertas ini dicondongkan pd suatu sudut.

Pada awal tahun 1982,wang kertas yang dikeluarkan ditandatanganioleh gabenor yang BNM yang baru iatu Tan sri Aziz bin Taha.Pada 1 September 1982,BNM telah memperkenal 2 jenis nilai matawang baru iaitu $20 dan $500.Wang kertas baru pada keseluruhannya mempunyai reka bentuk baru dan mencerminkan kebudayaan Malaysia.Tera air(Water Mark) kepala harimau telah digantikan dengan potret DYMM Yang DI-Pertuan Agong yang pertama.Wang kertas keluaran baru sejak September 1983 dicrtak dengan imej bangunan atau mercu tanda penting ibu kota,saiz wang juga dikecilkan berbanding wang siri terdahulu.

Pada Febuari 1996,BNM telah memperkenal matawang kertas RM2,dengan itu mata wang baru dengan nilai RM1,RM5,RM10,RM50,RM100 turut diperkenalkan.Dicetak dengan ciri2 keselamatan yang baru dan terkini.Selepas krisis kegawatan ekonomi pada tahun 1998,Wang kertas RM500 dan RM1000 telah ditarik balik penggunaannya..Syiling RM1 yang diperkenalkan pada tahun 1989 juga dihentikan penggunaan kerana banyak syiling tiruan dalam pasaran..

"Malaysia Banknote & coin".K.N.Boon.2006