Showing posts with label Wang Kertas(siri 1-11). Show all posts
Showing posts with label Wang Kertas(siri 1-11). Show all posts

Friday, February 17, 2012

RM1 Siri Ke 2


10 keping note RM1 siri kedua,1972.Dicetak oleh Bradbury Wilkinson.Tandatangan oleh Tun Ismail Mohd Ali.UNC dengan sedikit kesan kekuningan.Agak sukar nak dapatkan koleksi siri ke 2.Oleh kerana kesukaran untuk mendapatkan koleksi ini maka ianya menjadi antara koleksi paling berharga.

Monday, March 16, 2009






SIRI PERTAMA.1967-1972.Gabenor Tun Ismail Mohamed Ali..Wang kertas Malaysia yg pertama. Mengandungi nilai $1,$5,$10,$100..nilai tertinggi $1000 dikeluarkan pada th 1968..Koleksi yang masih byk x lengkap..






SIRI KE 2..1972-1976.Gabenor Tun Ismail Mohamed Ali.Dengan nilai muka tertinggi $1000.00. setakat ni hanya $1,$5,$10, $50 dan $100 aku dah ada..masih lagi memburu note $1000 yg sangat mahal..:-(






SIRI KE 3..1976-1981.Gabenor Tun Ismail Mohamed Ali..keluaran dengan nilai muka $1,$5,$10,$50 dan $100 sudah dalam tangan..perlu memburu note $1000 juga..




SIRI KE4..1981-1983.Gabenor Tan Sri Abdul Aziz Taha..Stkt ni ni sj lah koleksi siri ke 4 aku.x lengkap lg..nak lengkapkan sekurang2nya sampai note $50..
terkini: Alhamdulillah akhirnya berjaya melengkapkan note $50,INi bermakna note $100 terpaksa aku buru utk melengkapkn siri 4 ini..

Tuesday, March 10, 2009










SIRI KE5 1982-1984. Tandangan oleh gabenor BNM yg ke 2,Tan Sri Abdul Aziz Taha


















SIRI KE 6.1986-1995. Tandatangan oleh Tan Sri Jaafar Hussein. . dengan nilai serendah $1 hingga $1000..keunikan siri ini juga pada wang kertas $5 yang diheboh dengan imej tiang bendera yang seakan akan lambang SALIB..yg mana akhirnya telah diulang cetak dengan imej SALIB dihapuskan.






SIRI KE 7.Tan Sri Ahmad b Mohd Don(center signature).Mula diperaku pada tahun 1995-1998..dengan nilai tertinggi $1000.00.






SIRI KE 8.1996-1998.Tan Sri Ahmad b Mohd Don.Dalam siri ini wang polimer RM50 telah dikeluarkan sempena sukan Komanwel"KL98".Prfix KL/98 000001-KL/98 500000.Wang polimer ini tidak didagangkan.Dijual oleh BNM sebagai wang peringatan.





SIRI ke 9.Tandatangan oleh Tan Sri Ali Abul Hassan(Side signature).Diedarkan dalam tahun 1999..dengan nilai muka RM2,RM10,RM50,RM100 sahaja. Koleksi lengkap.lepas ni kena sambar UNC pulak..

Monday, March 9, 2009









SIRI KE 10..diperlakukan pada tahun 1999.Ditandatangai oleh gabenor Tan Sri Ali Abul Hassan bin Sulaiman(center signature).Tandatangan pada wang kertas ini tertera seolah2 perkataan "Aishah"..Wang kertas dalam siri ini hanya dicetak dalam beberapa prefix shj..contohnya RM1 hanya Prefix CR7?????? shj..so nilai pasaran duit ni dah mencecah ribuan RM.. (UNC).Aku dah berjaya lengkapkan koleksi siri ini.Puas!