Showing posts with label jelajah. Show all posts
Showing posts with label jelajah. Show all posts

Monday, February 6, 2012

SP PLAZA PASAR LAMBAK
Setiap AHAD


Setelah beberapa bulan aktiviti ini beroperasi ini pertama kali aku berkesempatan menjejak kaki ke SP Plaza,Pasar Lambak.Jarak hanya 1 jam perjalanan dr rumah.Tak jauh pun.Tapi di sebabkn Ahad hari bekerja bg negeri Kedah, jd peluang agak tertutup untuk berjumpa tauke/otai numis dan filateli.Sebahagian sudah lama kenal,sebahagian lg hanya Friends di FB..


Kebetulan semalam(org Kedah sebut kemarin)5.2.2012 cuti sempena Maulidurrasul.Pejabat2 kerajaan yg beroperasi di SP plaza ni bercuti,jd tak ramai sgt la pengunjung..lau mngikut info dr Mr Neoh biasanya pelanggan akan lebih ramai kalau tak cuti.Sambil berurusan dgn pejabat sambil ushar2 note,coin,antik dan setem2 di lobi SP plaza.Benda dah terhidang mcm2 note kertas/coin yang ada,tak minat pun boleh jd minat...tauke pun senyum aja la..:-)


Aku x pasti apa nama tauke ni,sibuk2 dok pandang2 sana sini lupa pulak nk berkenalan..Dalam bekas merah tu ada mcm2 coin Antarabangsa.Coin 5 kupang terbelah pun ada,dijual dua hengget sj sekeping..


Berbaju merah ialah otai Lim Chee Cheong.Sibok melayan pelanggan dengan berbagai infomasi

Mr Neoh(berbaju belang) tauke kedai numis/setem di Central Plaza Sg Petani.(Rujuk posting jelajah)

Ng Lai Soon,berbaju merah http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=1625316117, byk koleksi note2 yang hebat tp tak dipamerkan.tp beliau x kedekut utk berkongsi ilmu/maklumat tntg perkembangan hobi ini.Aku berkesempatan berbual dgn beliau dan dpt jg la info2 menarik.Beliau juga ada koleksi setem2 yg sgt rare..

walaupun cuti tapi pengunjung boleh dikira "boleh tahan" jg la.Tak putus2..

Mr Neoh,hanya menjual item2 setem sahaja.Penjual tunggal setem.Katanya note n coin dah ramai org jual,jd setem adalah kekuatan beliau di pasar lambak ni..:-)



Weng Business,anak lelaki Ah Kid yg terkenal di rope walk Taman Selat,B'tworth.Note2 yang dijual boleh tahan jg..antaranya 2 keping note Seribu,Sa Ratus dan sbgainya.


Otai Melayu..Truena Malaya Collection.Satu2nya kolektor/dealer Melayu pada hari ini.Ramah, tak putus2 terima kunjungan.Kolektor2 yg berdekatan bolehlah sesekali bagi sokongan kt beliau..sokongan moral n wang ringgit.Dua2pun beliau terima rasanya :-)

Monday, March 28, 2011

PASAR ANEKA TAMAN SELAT..(rope walk bagan)

Salam Sejahtera untuk semua.Dah lama x berblog.Semacam malas pun ada.Semacam x ada idea pun ada.Cerita tetap banyak..Add untuk kali ni masih berkisar tntang tempat2 untuk peminat wang2 lama n barang2 antik..x pandai nk bercerita pnjg lebar.takut pusing2 tang tu jg.Senang cerita tngok ja gambar2 yg disnap guna kamera henpon aku yg murah ni..lau kualiti x cantik faham2 la.
Lokasi pasar ni dekat ja dgn jeti feri ke Tanjung(Pulau Pinang)Rata2 semua peminat antik dah tau lokasi taman selat ni.

Pintu utama..tapi semua org jarang masuk ikut sini sebab kena park kereta kt belakang.Yg Berbaju kuning tu bonser,sapa2 nak tanya apa2 boleh tnya kt dia sj.x pukul org punya.


Antara antik2 yg ada disini.Aku x reti pasal benda ni semua.Belum minat nk kumpul.


Bro ni dia jual mcm2..Coin n Note pun ada.x banyak tp harga dia kadang2 murah,kadang2 ikut buku jg..aku sempat beli 2 coin kad dr dia.Nama? x sempat nk berkenalan la pulak..


Antara panaurama dlm pasar ni.Sbnarnya ramai org tp sngaja aku snap part yg x ramai pengunjung.


Yg ni pula Hj Zul.Dulu2 kt dia byk stok note2 Malaya n Malaysia yg cantik2 n agak RARE.Tp skrang ni dah mcm x ada barang kt dia.Laku sgt kot jualannya..Boleh tanya,boleh sembang2 dgn uncle zul ni..tatak sombong punya.




Sebahagian lg penjual2 barang antik.Kebanyakan penjual di sini mencampur adukkan barang jualan mereka.X hanya menjual yg antik ataupun yg lama..baru pun belambak- puak


Ah Kit..kira otai jg la dia kt sini.dah boleh kira mcm maskot la.Dia pun x sombong.ramah jg.boleh tanya apa sj, dia jawab..stok note n coin kt dia masih banyak.Boleh pilih nk cond. yg mcm mana.Yg dalam cermin tu kira barang yg sgt bernilai la..

SA-RIBU RINGGIT..ada bran? RM7500..VF adoiiiiiii. boleh pandang2,jgn pegang2..

Masih utuh berdaulat..RM500.Mau angkat,x mau boleh jalan..

Aku minat sgt barang sekenhen ni.X pandai menilai.Tp bila bro ridzuan kata beg ni cantik,murah n branded,apa lg aku sebat jg la..RM90..Luiciano

Friday, December 18, 2009

Kg Berjaya,Mergong ,Alor Setar.

Pekan sehari Kg Berjaya.Setiap Jumaat pagi.
Pagi tadi aku p jengok pekan sari Kg berjaya ni.Kalau peminat barang lusuh n antik depa tntu kenal n tau lokasi Kg Berjaya.Dulu pernah heboh n kecoh pasal isu kandang babi di Kg Berjaya.Sebelum kena sondoi dengan "bekho" kandang babi ni dulu terletak di tengah2 pekan sari ni..bau busuk jgn kira la,tapi orang tetap ramai semacam jaaa....
Kalau sapa nak p jalan2 kena awai sikit sebabnya ialah hari jumaat.Pukul 11 lebih sj depa dah mula berkemas..

penjaja barang lusuh,terpakai,antik dan yg seumpama dengannya ada lebih kurang 20 penjaja. ada yang tetap ada yang macam chips more,ada yg macam biskut...




ni antara penjaja yang berfokuskan wang kertas n syiling.eorang uncle Cina.Pameran beralaskan hamparan plastik sj.mudah.simple..tapi panas la.duit pun dah kelabu sebab tiap minggu kena jemur panas...kalau orang kena jemur jadi hitam
Tapi ada juga yang masih elok.Kalau duit RM byk condition VF ke EF sj.Harga macam biasa la,ada murah ada mahal.


Yang ini duit kerbau.Uncle tu jual RM280 saja..tunaiii.Kalau kurang sikit2 lagi boleh la kot.

Gerai payung ni pula jual gambar.Macam2 gambar n foto.Ada tokoh-tokoh agama,politik,kerabat diraja n macam lagi la.Siap warna lagi..ramai juga dok belek2 last2 beli tak juga..yeehhaaa

Brader ni pula jual macam barangan terpakai yang antik n tak antik.Seterika lama,fon lama,barangan tembaga lama,TV terpakai lama ,spanar lama,piring hitam lama,jam lama n ntah apa2 lagi yang lama la..ops lupa..syiling lama.
Dua tiga bulan lepas dalam tong tu penuh dengan syiling 1 sen empat segi.Hari ni dah tinggal suku tong sj..Khabarnya dia dapat dari salah seorang kerabat diraja kedah.Jumpa syiling ni masa tolak tapak nak buat rumah..istana kot.Wallahualam


Piring hitam.Orang Kedah sebut 'rekod' berkotak-kotak.Aku tak minat bab ni jadi tak tau la nak cerita...


Uncle Cina ni pun jual duit juga.Koleksi dia biasa sj.Tapi harga dia macam sewa bilik hotel lima bintang.Duit buruk pun mahal.Letak harga suka hati dia sj.Bubuh harga macam tak mau bagi orang beli saja..haha
Cuba tengok duit kertas yng dia gantung tu,dulu di situ dia pamerkan duit kertas 2 ringgit prefix BB???????.yang dan lasam. Harga dia letak cecah RM200 lebih.Aku pun tanya la awat mahai sangat duit tu,dengan bangganya dia pun tunjuk kat prefix BB tu la.."ini orang main duit dia tau la.."kata uncle 2.Aku n kawan pun senyum kambing la...haha
Seminggu kemudian aku n kawan p sana sekali lagi,nak tengok la BB??????? tu..hah dah x ada..ada orang buta beli kot..bisik hati belek2 lagi.Las2 ternampak juga duit tu atas meja dia..hahahahaha harga dia jauh lebih murah dari bilik hotel budget....hohoho



Yang ni juga duit uncle tu.Syiling 1 sen parlimen,syiling emas keris dia jual RM5 sekeping..tawar2 dia bg RM4 saja utk syiling 1 sen..phewwww
Patut la x ada orang beli pun kt uncle tu...huhu

Barang antik.Aku tertarik kat gerek buruk roda tiga tu.Ambik la gambar..abang tu kata ni gerek budak zaman dulu.X pasti la tarikhnya.. Abang tu kata dia pernah jumpa 2 buah sj kat Malaysia ni..sebuah lagi kat Johor.Aku pun tanya la berapa ratus harganya..sambil senyum tenok dia bgtau harga buka RM25.000.00. Ada berani?


Jalan2 lagi...ramai penjaja x tetap di pekan sari ni.Kbyakkan jual barangan lama,lusuh n terpakai.
Paminat2 sekitar Kedah yang minat boleh la cuba2 jalan2 sambil makan angin kat Aloq Staq..mai oi mai cik mai kita ke negeri kedah...

Wednesday, December 16, 2009

Sungai Petani

Kali ni aku nak cerita sikit tentang sebuah kedai yang menjual barangan berkaitan numis dan filateli.Ini la satu2nya kedai di Kedah ni yang bisnesnya berkaitan duit n setem(setahu aku la) Toke kedai ni namanya S A Neoh.Beralamat 2nd floor Central Squere,Sg Petani.
Uniknya kedai ni sebab berkongsi dengan kedai pakaian.Waktu bisnes pun unik skit.Buka setiap hari jam 7.30 malam-10.00 malam.Hari Ahad sj buka pukul 12.ootgh hari..Kalau p awai, setakat boleh tengok pameran sj sebab toke belum mai lg.


ini la rupa kedai numis n filateli yang berkongsi dengan kedai pakaian.Sekali pandang memang x perasan pun...



Antara coin proof yang ada dijual disini.Mahal atau murah?no komen sebab belum xpert dalam proof.Kena tanya simistri n seri malam.Depa dua ni tau kot.




Close up coin proof.Ada tanda harga..mungkin sepadan dengan proofnya kot.coin Lady D n putera Charles kawin pun ada.




ini pula macam2 coin yang dipamerkan.Biasa sj.

Haa..ini pula yang sangat2 RARE.Tengok harga pun tau dah apa yang istimewanya.Syiling 50 sen milled.1967 n 1968.Ada dua keping sj di kedai ni.Ada kawan kita dah lama dok geram dengan syiling ni..cepat kawan.Jangan tunggu lama2,nanti lama2 syiling diambil orang...




Wang kertas lama n baru.Mahal n murah.Elok n buruk.Sempurna n cacat.Macam2 ada.
Harga yang uncle ni letak biasanya tetap.kalau tawar menawar boleh la kurangkan sikit sj..berkenan ambik.tak berkenan x yah ambik..


Yang ni FDC.Kemas tersusun.Cantik Bersih..Pek cenderamata,Album Tahunan,lembaran mini,semua ada.
Kepada yang selalu n pernah p Sg Petani singgah la untuk membuat pilihan..