Showing posts with label Wang Jepun/Malaya. Show all posts
Showing posts with label Wang Jepun/Malaya. Show all posts

Saturday, April 18, 2009

WOVEN PAPER

Selalu kita dengar perkataan ni bersangkutan dgn duit jepun..tentu kita tertanya2 woven paper 2 apa...tak tahu ?..aku pun tak tahu...hoho. Yang aku nak cerita bkan apa itu woven paper tp mcm mana nak kenali duit jepun yg kita simpan tu woven atau x..
Sebagai panduan..cuba anda perhatikan duit jepun yg ada dlm simpanan,ada yang nampak licin n berkilat sj permukaan duit dan satu lg nampak kusam n mcm buruk sj..betoi ka? Sebenarnya yg nampak buruk kusam 2 la woven paper.Cuba usap duit 2,kesat n tak licin.Sejenis lg permukaan dia mmg agak licin, warna pun lebih cerah.
Harap2 panduan yg aku beri ni betul la sbb aku pun tanya kt pengumpul veteran..x kn dia nak tipu kot.!!?? Dalam buku rasa2nya x da bg tau hal ni kn? apa pun..selamat mengusapp..

Wednesday, March 25, 2009


MALAYA KING GEORGE VI

One cent,1st Julai 1941.Wang ketas ini digunakan sebelum Jepun mendarat di Melayu.Ditantangani oleh H.Weisberg di cetak oleh Thomas De La Rue(THLR).Wang kertas ni hanya mempunyai cetakan sebelah muka sahaja.

MALAYA 1941 KING GEORGE VI

One Dollar,1st Julai 1941.Tandatangan oleh H.Weisberg dan dicetak oleh Waterlow & Sons. Potret King George VI diabadikan pada muka depan dan jata negeri2 Tanah Malayu pada sebelah belakang.

Monday, March 23, 2009


WANG TENTERA JEPUN 50 SEN

Zaman yang suram bagi semua penduduk Malaya.Dikala kekurangan wang syiling ketika itu pihak Jepun telah mencetak wang kertas bernilai 5 sen,10 sen dan 50 sen.Apapun disebabkan Jepun ni cetak duit ikut suka dia sj maka org ramai hilang kepercayaan terhadap duit Jepun,pas tu apa lg menjunam la nilai matawang.Inflasi meningkat.Jadi tok nenek kita dulu kena la makan ubi kayu n bubur nasi,duit banyak tp tak ada nilai.
Bila dah tak laku duit pun jadi la koleksi saja..macam yang ada dlm blog aku ni..hhoho. dulu tak laku la ni ada la jg harga dia walaupun tak seberapa..Selamat menjamu mata..

WANG TENTERA JEPUN 1 DOLLAR


WANG TENTERA JEPUN 5 DOLLAR


WANG TENTERA JEPUN
Disember 1942,lengkap penaklukan Jepun ke atas Asia Tenggara.Oleh itu jepun telah melancarkan matawang mereka sendiri.Watawang ini ada keunikan tersendiri,iaitu matawang ini diedarkan disemua kawasan penjajahan Jepun tetapi uniknya ianya dapat dibezakan dengan abjad pertama huruf bloknya.B - Burma,S-Indonesia,P-Filipina dan M untuk Tanah Melayu.
Siri pertama yg dikeluarkan pd th 1942 dengan cetakkan Blok MA,MB mempunyai no siri.Wang ini dicetak di Jepun..menggunakan kertas jenis"woven paper". Wang kertas ini mempunyai nilai tinggi di pasaran...pada September 1942 jepun mula mengedarkan wangkertas tabpa no siri,wang ini dicetak sewenang2nya oleh tentera Jepun mengakibatkan nilainya telah merudum..akhirnya nilai di pasaran sekarang pun taklah tinggi juga..apa pun usar2 la koleksi aku..belek jgn x belek no..