Showing posts with label setem. Show all posts
Showing posts with label setem. Show all posts

Monday, February 1, 2010

Setem Matawang

Setem matawang dikeluarkan dengan kerjasama Pos Malaysia dan Bank Negara Malaysia(BNM),Sempena harijadi ke 50 tahun BNM,Cenderahati ini mula dijual pada 18.1.2010 yg lalu.





Antara dominasi koleksi setem matawang yang dan aku dapat.Hasil pertolongan kawan2 jg.Nak p pejabat pos x dan.Cara mudah dengan pertolongan kawan2 la..tu la gunanya kawan.Antara produk cenderahati ialah helaian setem 10sen,20sen,50sen,lembaran mini,FDC,katalog,buku setem dan fail(folder).Tapi setakat ni buku setem dgn folder belum dapat..dan kat org lain dulu..huhu



sampul surat hari pertama,lembaran mini,helaian setem dominasi 10sen,20sen dan 50 sen




Sampul Surat Hari Pertama(FDC) dengan lembaran mini bernilai RM5..hasil pertolongan azri



Sampul Surat Hari Pertama(FDC) dengan dominasi setem 10sen,20sen dan 50sen...dgn bantuan azri jg



SETEM PREMIUM...menggunakan logam perak(ketulenan 999,1.125g)Setem dihasilkan melalui kaedah dan teknik canggih,iaitu pancaran leser yang dipancarkan ke permukaan perak.Bernilai muka RM50.Pada setem dicetak imej syiling peruf(Proof) yg dikeluarkan sempena 50 tahun BNM.Keluaran Terhad.5000 unit sahaja dihasilkan..siapa cepat dia dapat la,bertuahnya

Thursday, September 3, 2009

Sempena bulan kemerdekaan ini aku nak cerita pulak antara kejayaan Malaysia sejak 52 tahun dahulu.Terutama tentang kejayaan Malaysia mengeluarkan kenderaan sendiri iaitu motosikal dan kereta yang menjadi kebanggaan

PROTON & PERODUA

PROTON...ditubuhkan pd 7 mei 1985.Melancarkan model pertama(saga)pd th 1985.Sehingga kini sebanyak 15 model telah,diperkenalkan..Saga,Wira,Perdana,Putra,Waja,Tiara,Savvy,Arena,Iswara,Persona, Pert(Kejuaraan Rally), Gen 2,Satria,Juara.. dan yang terbaru Exora

PERODUA...dilancarkan pada 27 ogos 1994,dengan model pertama iaitu Perodua Kancil.8 model telah dilancarkan sehingga kini...Kancil,Kembara,Rusa,Kenari,Kelisa,Myvi,Viva,Nautica.



Proton Gen 2(2005)



Inokom Permas dan Perodua Kembara(1999)




Perodua Kenari,Proton Satria GTi dan TD2000(2000)




Perodua Kancil,Proton Tiara dan Perodua Rusa(1995)


MOTOSIKAL & SKUTER NASIONAL

MODENAS...Motosikal dan Enjin Nasional sdn.bhd.Ditubuh pada 1995,dengan kilang terletak di Gurun,Kedah.Telah melancarkan 12 model motosikal dan skuter.





Modenas Karisma,Modenas Kriss 1(2003)
]


Modenas Jaguh 175,Modenas Kriss 2,Modenas Kriss SG(2003)


\
MZ 125 SM & MZ perintis 120s Classic(20030
Modenas Kriss SG dan Kriss 2(Bangkok 2003)

Monday, August 24, 2009

... dok pikiaq2,dok menung2..up load setem apa? idea x mai (maklumlah perut tengah lapaq ni) last2 dapat jg.Nak tunjuk kat peminat burung n bunga lah.Nak tengok burung tak payah pi dalam hutan,nak tengok bunga tak payah p taman.Wanita suka bunga(tentu Shifa teruja tengok bunga) yang lelaki pula suka burung.Jom layan..
SETEM BURUNG



Sambar Uban Hitam(19??) Enggang Terbang Mentua,Enggang Berkedut(1980-an)


Merak Pongsu(80an) Burung Sambar Biru Kecil,Rimba Telinga Perak(1990an)



Punai Tanah,Merbah Beringin,Tekukur(2000an)


Ayam Serama(2001)


Lang Berjambul,Lang Merah(1997) Itik Eropah,Serati Hutan(2006)


Burung Merbuk,Murai Gajah, Siul,Kunyit Besar(1960-an)


Keluaran Bersama Malaysia-Singapura(2002)
Kelicap Pinang,Dendang Gajah,Belatok Gajah,Dendang Selayang
SETEM BUNGA

Ini pula setem gambaq bunga-bungaan yang pernah Pos Malaysia keluarkan.Ada setem baru ada setem lama,tapi yang pastinya semua orang suka pada bunga.Orang lelaki pun suka'bunga'..haha


Bunga-Bunga Unik(2008)


spesis Rhododendron....


Spesis Heliconia..


Persidangan Anggerik Sedunia ke 17(2002)


Bunga Raya.Habiscus rosa-sinensis(1980-an)

Monday, August 17, 2009

EDISI KHAS/special edition

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia 1957-2002
Their Majesties Yang Di-Pertuan Agong Of Malaysia


kulit luar(hadapan)
Keris Panjang diraja

kulit dalam
Alat-alat kebesaran Diraja


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong(1957-2002)
BUKU SETEM/stamp booklet


KARTUN MALAYSIA-LAT
Keluaran 1.12.2008.Mengandungi 10 keping setem bernilai 30 sen sekeping.
Lat Budak kampung atau the kampung boy yg muncul dlm bentuk buku kartun dalam tahun1970-an adalah berdasarkan kepada pengalaman hidup kartunis tersohor tanah air iaitu Dato' Mohd Nor Khalid(lat)
Mengisahkan kehidupan seorang budak kampung yg dibesarkan dengan penuh tradisi dan harmoni pada era 1950an-1960an.
RUMAH TRADISIONAL/tradisional house


Lembaran Setem keluaran tahun 2009.Bernilai 50 sen.Memaparkan16 reka bentuk rumah tradisional setiap negeri di Malaysia.

SERANGGA SIRI III-PEPATUNG/dragonflies & damselflies

Lembaran setem ini memaparkan 25 spesis pepatung.Setiap keping setem ini bernilai 30 sen(Tanda harga tidak dicetak pada setem ini) Di bahagian utara semenanjung pepatung ini dipanggil dokyong,kalau di pantai timur di gelar sesibor...

Wednesday, March 25, 2009



SETEM

Inilah sebahagian sj darpd koleksi setem aku yang aku anggarkan berjumlah lebih kurang 1500 keping.Tak termasuk lembaran mini,koleksi tahunan dan FDC.1500 keping? Terasa mcm banyak tapi masih banyak yang belum jd koleksi.Setem2 ini aku mula kumpul sejak zaman sekolah rendah lg..lebih kurang 25 tahun yang lampau..masa 2 pantang jumpa sampul2 surat yg dibuang atau tak buang semua setem aku bedal.Kutip kat lubang2 sampah biasa la..Minat ni terhenti sekejap bila dah besar..time tu sibuk dengan urusan duniawi yang lain.Aku sambung kumpul bila terasa hidup dah tak kelam kabut sgt...Sekarang ni nak jumpa setem yang elok2 pun dah susah sebab zaman dah maju..suma main email sj,tak pun pakai "post paid" kad raya pun dah tak guna setem.Peminat2 setem mcm aku ni tak perlu lagi susah payah selongkar tong n lubang sampah,cuma sediakan modal "RM" saja.Nak setem yang macam mana pun boleh..Setakat ni aku masih kumpul kerana hobi saja.Tak terniat nak jual, apa lg nak bagi saja..bosan dok saja2 belek2 la koleksi.
MOTIF FLORA


Antara koleksi setem generasi terbaru.Bunga- bunga unik.
MOTIF FLORA


Setem-setem generasi lama dan baru.Motif buah2an dan hasil pertanian utama Malaysia pada era 80an.Juga imej flora seperti heliconia dan sebagainya.
MOTIF FAUNA


Setem baru dan lama.Memaparkan imej haiwan-haiwan darat dan laut daripada spesis burung,mamalia,reptilia dan ikan.

Thursday, March 12, 2009

Tuesday, March 10, 2009