Wednesday, October 14, 2009

RM5 Kertas





RM 5.Tan Sri Dr.Zeti Akhtar Aziz(2000)
Koleksi lengkap wang Rm5 kertas.PREFIX BA-BJ,9 keping(AU)

Thursday, October 8, 2009

Wang Palsu...berhati-hati


Perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab...berhati-hati sebelum/sesudah terkena.Ketahui dan kenalilah wang tulen,rajin2lah bertanyalah pada mereka yang lebih mengetahui...
Apa nak buat...? sila rujuk web di bawah sbagai panduan

http://www.bankinginfo.com.my/_system/media/downloadables/matawang.pdf

Harian Metro,Rabu,8 Okt 2009



Tuesday, October 6, 2009

KOLEKSI LENGKAP 5 SEN

5 sen,orang sebelah utara sebut lima duit.15 tahun lepas mungkin kita boleh beli 2 biji gula2(org utara lebih suka panggil coklat)sekarang boleh beli sebiji coklat sahaja.15 tahun lagi apa yang boleh di beli?Mungkin nasib 5 sen ni akan jd macam 1 sen.Semakin tidak bernilai kerana tuntutan dunia...
5 sen,bersaiz lebih kecik drpd 1 sen.Sekarang ni pun dah jarang2 ada dalam poket seluar kita(cuba seluk)maksudnya semakin hari dah semakin kurang gunanya pada kita...??!!
5 sen,kepada pengumpul mcm aku ni sebenarnya syiling 5 sen ni tak ada pun yang benar2 RARE(susah nak dapat) cuma ada la beberapa tahun keluaran yang susah nak ketemu kerana dah lama contohnya 1967,1971 dan 1977.setakat yg direkodkan keluaran paling sedikit ialah pd tahun 1997 (7,703,850).Apa2 pun jom layan..


Siri Pertama (1967-1988)
Copper-Nickel
weight :1.41g
diameter :16.2mm
edge :milled



Siri Kedua (1989-2009)
Copper-Nickel
weight :1.41g
diameter :16.25mm
thickness :1.04mm






nota: 1969,1970,1972,1974,1975,1983,1984,1986-tiada keluaran

Sunday, October 4, 2009

KOLEKSI LENGKAP SYILING 1 SEN

1 sen,kalau orang utara suka panggil duit seduit.Dulu, masa kecik2 tak pandang langsung syiling ni.Dulu juga aku ingat syiling kemerahan ni tak laku.Sebabnya kat dalam rumah syiling ni bersepah-sepah letaknya,bawah tikar mengkuang,tepi dinding, dalam laci yang penuh dgn barang2 buruk.Pendek kata merata tempat ada.Kalau jumpa kat tepi n tengah jalan pun tak ada sapa2 pun yang sudi pandang,apa lg nak ambik..buat tak tau sj.Lagi satu masa kecik2 dulu juga aku tak pernah tengokpun ayah atau mak(orang lain juga) guna syiling ni untuk beli barang2.Jadi masa tu aku ingat duit ni tak laku la...
1 sen,walaupun sudah dihentikan pengeluarannya sejak 2007,tapi masih digunakan juga untuk bayaq sesetengah bil..sesetengah bil pula di genapkan kepada 5 sen. Jadi,penggunaan syiling ni dah sangat minima..blurguyZ79,jom kita himpun sampai tahap maxsima...
1 sen,la ni bila dah pandai mula kalut dok cari.Pantang jumpa sj,ambik.Semua jadi koleksi.2 tahun lebih aku ambik masa untuk lengkapkan koleksi syiling ni.Syukurlah.La ni tak payah pikiaq dah..la ni juga aku dah ada seribu keping lebih 1 sen.Apa2pun kisahnya jom layan...

Siri Pertama(1967-1988)
weight : 1.94g
diameter: 17.7mm
edge : plain
meterial : 1967-1973 (copper)
1973-1988 (copper-clad steel)

Syiling ini adalah rekaan Geoffrey Colley


Muka depan dan belakang

Siri Kedua(1989-2007)
weight : 1.74g
diameter : 17.78mm
thickness : 1.26mm
meterial : copper clad steel


Muka depan dan belakang



k0leksi siri pertama







koleksi siri kedua


nota : 1969,1972,1974,1975 tiada keluaran.
nota : nak tau syiling yg mana syiling RARE tengoklah jumlah keluarannya

Thursday, September 3, 2009

Sempena bulan kemerdekaan ini aku nak cerita pulak antara kejayaan Malaysia sejak 52 tahun dahulu.Terutama tentang kejayaan Malaysia mengeluarkan kenderaan sendiri iaitu motosikal dan kereta yang menjadi kebanggaan

PROTON & PERODUA

PROTON...ditubuhkan pd 7 mei 1985.Melancarkan model pertama(saga)pd th 1985.Sehingga kini sebanyak 15 model telah,diperkenalkan..Saga,Wira,Perdana,Putra,Waja,Tiara,Savvy,Arena,Iswara,Persona, Pert(Kejuaraan Rally), Gen 2,Satria,Juara.. dan yang terbaru Exora

PERODUA...dilancarkan pada 27 ogos 1994,dengan model pertama iaitu Perodua Kancil.8 model telah dilancarkan sehingga kini...Kancil,Kembara,Rusa,Kenari,Kelisa,Myvi,Viva,Nautica.



Proton Gen 2(2005)



Inokom Permas dan Perodua Kembara(1999)




Perodua Kenari,Proton Satria GTi dan TD2000(2000)




Perodua Kancil,Proton Tiara dan Perodua Rusa(1995)


MOTOSIKAL & SKUTER NASIONAL

MODENAS...Motosikal dan Enjin Nasional sdn.bhd.Ditubuh pada 1995,dengan kilang terletak di Gurun,Kedah.Telah melancarkan 12 model motosikal dan skuter.





Modenas Karisma,Modenas Kriss 1(2003)
]


Modenas Jaguh 175,Modenas Kriss 2,Modenas Kriss SG(2003)


\
MZ 125 SM & MZ perintis 120s Classic(20030
Modenas Kriss SG dan Kriss 2(Bangkok 2003)

Saturday, August 29, 2009

RM 1 Siri 11.Tan Sri Dr Zeti Aziz.Solid No.

Mulai hari ini jualan Solid no. ini dihentikan sementara.Mungkin akan dibuka semula suatu hati nanti.Solid ini akan menjadi antara koleksi kesayangan aku,akan ditempatkan bersama koleksi kesayangan yang lain...

XZ9999999


TR8888888




TR7777777



TR6666666


XS1111111
*solid 1,7,dan 9 telah bertukar hak milik blurguyz79

Monday, August 24, 2009

... dok pikiaq2,dok menung2..up load setem apa? idea x mai (maklumlah perut tengah lapaq ni) last2 dapat jg.Nak tunjuk kat peminat burung n bunga lah.Nak tengok burung tak payah pi dalam hutan,nak tengok bunga tak payah p taman.Wanita suka bunga(tentu Shifa teruja tengok bunga) yang lelaki pula suka burung.Jom layan..
SETEM BURUNG



Sambar Uban Hitam(19??) Enggang Terbang Mentua,Enggang Berkedut(1980-an)


Merak Pongsu(80an) Burung Sambar Biru Kecil,Rimba Telinga Perak(1990an)



Punai Tanah,Merbah Beringin,Tekukur(2000an)


Ayam Serama(2001)


Lang Berjambul,Lang Merah(1997) Itik Eropah,Serati Hutan(2006)


Burung Merbuk,Murai Gajah, Siul,Kunyit Besar(1960-an)


Keluaran Bersama Malaysia-Singapura(2002)
Kelicap Pinang,Dendang Gajah,Belatok Gajah,Dendang Selayang
SETEM BUNGA

Ini pula setem gambaq bunga-bungaan yang pernah Pos Malaysia keluarkan.Ada setem baru ada setem lama,tapi yang pastinya semua orang suka pada bunga.Orang lelaki pun suka'bunga'..haha


Bunga-Bunga Unik(2008)


spesis Rhododendron....


Spesis Heliconia..


Persidangan Anggerik Sedunia ke 17(2002)


Bunga Raya.Habiscus rosa-sinensis(1980-an)

Monday, August 17, 2009

EDISI KHAS/special edition

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia 1957-2002
Their Majesties Yang Di-Pertuan Agong Of Malaysia


kulit luar(hadapan)
Keris Panjang diraja

kulit dalam
Alat-alat kebesaran Diraja


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong(1957-2002)