Saturday, April 2, 2011

Antara Matawang Terawal..

Gambar di atas merupakan logam emas dan perak dari zaman Mesir kuno,yg dijadikan matawang berlandaskan berat logam tersebut, bukanya rupa bentuk logam.Dipercayai mula digunakan sejak kurun ke-14 Sebelum Masihi.


Dipercayai negara China adalah negara paling awal yg mengeluarkan/memperkenal wang kertas untuk edaran iaitu bermula dari kurun ke-11 Masihi.Di atas merupakan contoh wang kertas semasa era pemerintahan Dinasti Ming yg dikeluarkan oleh Lembaga Hasil.
Wang kertas diperkenalkan kerana untuk mengatasi masalah kekurangan logam tembaga yg ketika itu merupakan syiling yang diguna pakai.Kerajaan memerlukan jumlah logam tembaga yg sangat banyak sebagai duit syiling harian.
Wang kertas yg awal,asalnya dikeluarkan oleh bank tempatan untuk memudahkan pedagang supaya tidak perlu membawa syiling tembaga yg terlalu banyak dan berat.


Duit Syiling LYDIA-berasal dari Lydia,Turki.Dipercayai sebagai syiling yang terawal digunakan iaitu pada kurun ke-7 Sebelum Masihi.Kemudian idea perkembangan duit syiling ini telah berkembang ke Eropah,Mediterranean dan juga Asia.Orang barat dikatakan meniru syiling Lydia ini tetapi menggunakan versi mereka sendiri.
Negara China juga tidak ketinggalan,mereka mengeluarkan duit syiling yg berbentuk barang keperluan harian seperti penyodok,pisau dan kulit siput gerus.

Kulit Siput Gerus

Salah satu matawang yg digunakan sebagai medium pertukaran di Semenanjung Tanah Melayu sejak kurun ke-13 Masihi.Kulit siput gerus ini di import dari Kepulauan Maldives atau Borneo.Di gunakan untuk pembelian bernilai kecil sahaja.

50 biji siput gerus = 1 keping/pitis
3 keping/pitis = 1 sen/sou
100 sen/sou = 1 dollar = 15,000 siput gerus


Kulit siput yang dipercayai Siput Gerus milik saudara Ridzuan Abd Jalil.


Ruj: Warisan Numismatik Malaysia,BNM,2003

No comments:

Post a Comment