Tuesday, July 6, 2010

Wang Polimer
(Polymer Banknote)

Ada orang gelar wang plastik kerana ianya seolah2 dibuat daripada plastik.Sedar atau tidak,Malaysia telah mengeluarkan matawang polymer yg pertama bernilai RM50 pada tahun 1998 bersempena dengan Sukan Komanwel ke 16(KL 98-Sukom xvi).Walaubagaimanapun wang ini hanyalah wang peringatan dengan pengeluaran terhad sebanyak 500 ribu keping sahaja.

Bila note ni ditunjukan pada kawan2 ramai yg sangat terkejut kerana tak pernah tengok.Tertarik kerana warna kekuningan dan corak yg sangat cantik.Bermula 26 Okt.2004 sekali lagi BNM memperkenal pula RM5 polymer bagi menggantikan wang kertas biasa.



keistimewaan wang polymer :-

1. Kuat dan tahan lasak berbanding dengan wang kertas biasa.
2. Tidak menyerap kekotoran atau cecair.
3. Lebih bersih,boleh dicuci serta dapat mengurangkan pembiakan bakteria.
4. Sangat sukar,memakan masa dan memerlukan kos yang mahal untuk dipalsukan.
5. Mempunyai ciri2 keselamatan yang tinggi dan terkini.

RM50 polimer.Sukom 98(hadapan)

Kick start koleksi "world polymer banknote" aku ialah banknote dari Zambia.Antara koleksi polimer yang terawal.


1000 Kwacha,Bank Of Zambia,2005


hadapan- Helang Afrika
belakang-Pertanian Bijirin Afrika



500 Kwacha,2008

hadapan-Helang Ikan Afrika
belakang-Pertanian bijirin Afrika

rujukkan- Bank Negara Malaysia,sumber internet

No comments:

Post a Comment