Monday, February 1, 2010

Setem Matawang

Setem matawang dikeluarkan dengan kerjasama Pos Malaysia dan Bank Negara Malaysia(BNM),Sempena harijadi ke 50 tahun BNM,Cenderahati ini mula dijual pada 18.1.2010 yg lalu.





Antara dominasi koleksi setem matawang yang dan aku dapat.Hasil pertolongan kawan2 jg.Nak p pejabat pos x dan.Cara mudah dengan pertolongan kawan2 la..tu la gunanya kawan.Antara produk cenderahati ialah helaian setem 10sen,20sen,50sen,lembaran mini,FDC,katalog,buku setem dan fail(folder).Tapi setakat ni buku setem dgn folder belum dapat..dan kat org lain dulu..huhu



sampul surat hari pertama,lembaran mini,helaian setem dominasi 10sen,20sen dan 50 sen




Sampul Surat Hari Pertama(FDC) dengan lembaran mini bernilai RM5..hasil pertolongan azri



Sampul Surat Hari Pertama(FDC) dengan dominasi setem 10sen,20sen dan 50sen...dgn bantuan azri jg



SETEM PREMIUM...menggunakan logam perak(ketulenan 999,1.125g)Setem dihasilkan melalui kaedah dan teknik canggih,iaitu pancaran leser yang dipancarkan ke permukaan perak.Bernilai muka RM50.Pada setem dicetak imej syiling peruf(Proof) yg dikeluarkan sempena 50 tahun BNM.Keluaran Terhad.5000 unit sahaja dihasilkan..siapa cepat dia dapat la,bertuahnya

1 comment: