XPDC GUNUNG BESAR HANTU,JELEBU N9
13-15 NOV 2009
13 nov 2009,9.30am bertolak dr rumah,Felda Lubok Merbau. 2.30 sampai Ipoh,berkumpul di Bangunan Sri Kinta.3 petang mula berkonvoi ke Jelebu.Jam 9 malam tiba di pekan Kuala Kelawang,Jelebu.Sunyi.Deretan bangunan lama menyambut ketibaan kami.Kebanyakan bisnes telah ditutup.
Mujur ada dua tiga buah kedai makan masih dibuka.letih lapar,seharian memandu dari rumah ke Jelebu.Ketua Pengarah JAS perak Tuan Hj Abu Hassan b Mohd Isa(baju biru)masih turut bersama dalam XPDC kali ini.Beliau belanja kami makan..tq tq
Makan dengan tidur malam kami semua ditaja oleh Tuan Pengarah.Beliau berbesar hati mengajak kami bermalam di rumah pusakanya keluarganya yang masih utuh dan cantik binaannya.Biarpun tanpa tilam empuk aku johan tidur malam 2,letih oii..
Perjalan pagi Sabtu dari pekan Kuala Kelawang terhenti di Kg Chennah.Kira2 20 minit perjalanan dari pekan Kuala Kelawang.Sunyi sj kampung ni,tapi nyaman.
Antara muka2 yang dan x sabar2 dan masih mampu senyum2 sengih2 lagi..tunggu la,nnti hampa tau la langit tinggi ka rendah...
Perjalanan bermula dengan menaiki Hi -Lux. Selama 1 jam setengah bermula dr Kg Chennah ke kg Toi,seterusnya ke kg esok n kaki gunung. Habis kebas kaki tangan dan punggung,berhimpit2.seronok n terjerit2 macam budak2.Bukan selalu dapat naik Hi-Lux ni.
Warming up dan doa selamat sebelum memulakan pendakian..Harap semua selamat dan jangan sampai ada yang pancit separuh jalan..kacau
Memulakan perjalanan.Jam 10.30 pagi.Cuaca lembab,maklumlah musim hujan.Laluan 4x4,mudah tapi berbukit-bukit.Baru 5 minit melangkah dah longgar kepala lutut..hai mcm mana ni kawan.Minta2 semua ok la ya,sabar2..
Penat berjalan..dah hampir 2 jam.Peluh bercerau..singgah di Sungai Kering.Ada tiga empat buah teratak orang asli suku Temuan.singgahan sementara depa mencari rotan.Ada jeram kecil.Bolehla nak topup air..basuh2 muka.Nak mandi pun boleh..kenangan bersama guide daripada geng Kenaboi.
lepak2 dulu..dok tunggu kumpulan kedua sampai.Peluh dah sejat batang hidung depa pun tak nampak lagi..sambil2 tu berposing la dengan awek guide ni..dua beradik.Dok sekolah lagi laa...
Hero yang dua orang lagi tu geng sekampung la..cg meons(zomba) n cg saripudin(paparazi),yang hensem berbaju oren tu cg din la,...aaww
Kem orkid,destinasi yang ditujui.Dua jam perjalanan dari sungai kering..mana ni tak sampai2 lagi..lutut den doh gogar ni..
2.30 petang..setelah longgar2 kepala lutut.Basah baju bagai dibasuh,akhirnya sampai jg kt kem orkid.Banyak orkid.Patut la panggil kem orkid.Subur mekar berbunga.aku orang ketiga sampai..cayalah din.Kami bermalam dikem ini.Tapak kem yang kecik penuh dengan khemah.Kebetulan pada hari yang sama terdapat satu lagi group medic student turut mendaki.
Setelah puas berehat, kami mengambil kata putus utk meneruskan pendakian.Tepat jam 4 petang pendakian ke puncak diteruskan.Peluh pun dah kering.alamak.. terasa malas sj nak melangkah laluan ke puncak sungguh pagok kata org N9. Laluan berliku dan menegak sehingga 80 darjah.mmg mencabar sangat2. Lutut pun dah longlai.hampir kepuncak kami menyusuri batu2 tanda sempadan negeri antara Pahang dan N9.
Akhirnya tepat jam 6.15 petang gunung dengan ketinggian 1462meter(4794 kaki)berjaya aku tawan. Hujan lebat menyambut kunjungan kami.Sejuk mengeletar.Sayangnya kabus tebal.Tak dapat la tengok view yang dikatakan sangat menarik. Bukan rezeki kami.
Setelah puas bergambardan sebelum sesuatu yg buruk terjadi kami bergerak turun ke kem orkid.Cuaca pun dah mula menggelap.Ditambah dengan hujan.Perjalanan diteruskan dengan bantuan lampu suluh.Agak sukar meredah laluan berliku dan cerun curam.seribu satu bahaya menanti kalau cuai.penat x terasa sangat sebab cuaca sejuk.Akhirnya pukul 9 malam kami sampai di kem tanpa sesuatu yang buruk.Syukur..puassss...
Jadi kepada sesiapa yang berminat nak berout door mcm ni boleh la contact geng2 Kenaboi di alamat http://kenaboiadventure.multiply.com/ atau email irwan_jasmin@yahoo.co.uk
Servis depa pun ok.Makan pun sodap,terutamo masak lomak cili api...slurrpp..
fuhhh...seronok betul dapat aktiviti outdoor macam ni,jeles aku.hahaha
ReplyDeletehuhu.....
ReplyDeletelayan Big Ghost Mountain.....
next Trips............
kita p Surabaya....
Atau Gunung Tebu Terngganu...
yiiiiihaaaaa
bestnyee,,leh pi outdoor mcm nie..aku jer yg dok terperuk kat dalam ofis...uwaaaaa..
ReplyDeletesyoqqqqq.layan sgt g sana
ReplyDelete