Monday, November 30, 2009

KERATAN AKHBAR

Lagi-lagi wang palsu..semakin hari semakin kerap kedengaran kisah duit palsu ni. Teknologi,kaedah dan teknik pembuatan wang palsu pun semakin canggih.Semakin maju.Sukar dikesan dan dibezakan ketulenannya.Sampaikan sekarang ni setiap kali cucuk duit di ATM mesti nak kena belek dulu untuk memastikan ketulenan.Kalau dulu belek duit ketas ni sebab nak tengok nombor siri yang elok2 tapi la ni kena tambah satu sebab lagi..











KOSMO,Khamis 26 November 2009

Thursday, November 19, 2009

XPDC GUNUNG BESAR HANTU,JELEBU N9
13-15 NOV 2009















13 nov 2009,9.30am bertolak dr rumah,Felda Lubok Merbau. 2.30 sampai Ipoh,berkumpul di Bangunan Sri Kinta.3 petang mula berkonvoi ke Jelebu.Jam 9 malam tiba di pekan Kuala Kelawang,Jelebu.Sunyi.Deretan bangunan lama menyambut ketibaan kami.Kebanyakan bisnes telah ditutup.















Mujur ada dua tiga buah kedai makan masih dibuka.letih lapar,seharian memandu dari rumah ke Jelebu.Ketua Pengarah JAS perak Tuan Hj Abu Hassan b Mohd Isa(baju biru)masih turut bersama dalam XPDC kali ini.Beliau belanja kami makan..tq tq














Makan dengan tidur malam kami semua ditaja oleh Tuan Pengarah.Beliau berbesar hati mengajak kami bermalam di rumah pusakanya keluarganya yang masih utuh dan cantik binaannya.Biarpun tanpa tilam empuk aku johan tidur malam 2,letih oii..















Perjalan pagi Sabtu dari pekan Kuala Kelawang terhenti di Kg Chennah.Kira2 20 minit perjalanan dari pekan Kuala Kelawang.Sunyi sj kampung ni,tapi nyaman.















Antara muka2 yang dan x sabar2 dan masih mampu senyum2 sengih2 lagi..tunggu la,nnti hampa tau la langit tinggi ka rendah...
















Perjalanan bermula dengan menaiki Hi -Lux. Selama 1 jam setengah bermula dr Kg Chennah ke kg Toi,seterusnya ke kg esok n kaki gunung. Habis kebas kaki tangan dan punggung,berhimpit2.seronok n terjerit2 macam budak2.Bukan selalu dapat naik Hi-Lux ni.














Warming up dan doa selamat sebelum memulakan pendakian..Harap semua selamat dan jangan sampai ada yang pancit separuh jalan..kacau














Memulakan perjalanan.Jam 10.30 pagi.Cuaca lembab,maklumlah musim hujan.Laluan 4x4,mudah tapi berbukit-bukit.Baru 5 minit melangkah dah longgar kepala lutut..hai mcm mana ni kawan.Minta2 semua ok la ya,sabar2..















Penat berjalan..dah hampir 2 jam.Peluh bercerau..singgah di Sungai Kering.Ada tiga empat buah teratak orang asli suku Temuan.singgahan sementara depa mencari rotan.Ada jeram kecil.Bolehla nak topup air..basuh2 muka.Nak mandi pun boleh..kenangan bersama guide daripada geng Kenaboi.















lepak2 dulu..dok tunggu kumpulan kedua sampai.Peluh dah sejat batang hidung depa pun tak nampak lagi..sambil2 tu berposing la dengan awek guide ni..dua beradik.Dok sekolah lagi laa...
Hero yang dua orang lagi tu geng sekampung la..cg meons(zomba) n cg saripudin(paparazi),yang hensem berbaju oren tu cg din la,...aaww















Kem orkid,destinasi yang ditujui.Dua jam perjalanan dari sungai kering..mana ni tak sampai2 lagi..lutut den doh gogar ni..















2.30 petang..setelah longgar2 kepala lutut.Basah baju bagai dibasuh,akhirnya sampai jg kt kem orkid.Banyak orkid.Patut la panggil kem orkid.Subur mekar berbunga.aku orang ketiga sampai..cayalah din.Kami bermalam dikem ini.Tapak kem yang kecik penuh dengan khemah.Kebetulan pada hari yang sama terdapat satu lagi group medic student turut mendaki.















Setelah puas berehat, kami mengambil kata putus utk meneruskan pendakian.Tepat jam 4 petang pendakian ke puncak diteruskan.Peluh pun dah kering.alamak.. terasa malas sj nak melangkah laluan ke puncak sungguh pagok kata org N9. Laluan berliku dan menegak sehingga 80 darjah.mmg mencabar sangat2. Lutut pun dah longlai.hampir kepuncak kami menyusuri batu2 tanda sempadan negeri antara Pahang dan N9.















Akhirnya tepat jam 6.15 petang gunung dengan ketinggian 1462meter(4794 kaki)berjaya aku tawan. Hujan lebat menyambut kunjungan kami.Sejuk mengeletar.Sayangnya kabus tebal.Tak dapat la tengok view yang dikatakan sangat menarik. Bukan rezeki kami.
Setelah puas bergambardan sebelum sesuatu yg buruk terjadi kami bergerak turun ke kem orkid.Cuaca pun dah mula menggelap.Ditambah dengan hujan.Perjalanan diteruskan dengan bantuan lampu suluh.Agak sukar meredah laluan berliku dan cerun curam.seribu satu bahaya menanti kalau cuai.penat x terasa sangat sebab cuaca sejuk.Akhirnya pukul 9 malam kami sampai di kem tanpa sesuatu yang buruk.Syukur..puassss...

Jadi kepada sesiapa yang berminat nak berout door mcm ni boleh la contact geng2 Kenaboi di alamat http://kenaboiadventure.multiply.com/ atau email irwan_jasmin@yahoo.co.uk
Servis depa pun ok.Makan pun sodap,terutamo masak lomak cili api...slurrpp..

Monday, November 16, 2009

UNTUK DIJUAL...

RM1 Zeti Akhtar Aziz Solid TR6666666 UNC RM250


RM20 Jaafar Hussein.UNC. (sold)



RM5 Jaafar Hussein.UNC


RM5 Ahmad Don.UNC.

...yang berminat boleh sms aku 013-4922322.dinrambong.

Wednesday, November 11, 2009

SIRI BURUNG
Spesis terancam(BURUNG)
Endangered Species(BIRDS)



Butiran Keluaran:
Jenis emas nordic.Seberat 30g dengan ketebalan 2mm.Tempaan sebanyak 40 ribu keping sahaja


Rupa Bentuk Syiling.Pandangan hadapan dan belakang.Nilai muka 25 sen.




Contoh Kulit Hadapan dan Belakang Kad.Memaparkan imej spesis burung-burung terancam dalam keluaran tersebut.



Barau-Barau


Kuang Raya


Lang siput


Pekaka Sungai


Dendang Gajah


Enggang Badak


Merpati Emas


Siul Berjambul


Takau Rakit


Bangau Besar


Pergam Besar


Tirjup Tanah
Koleksi terhad"coin ini education".Keluaran 2005.Walaupun tidak mewah tetapi aku sangat menyukai dan berbangga memiliki koleksi ini(rasa macam dapat awek yang paling cantik dalam dunia)Sesuai dengan minat aku kat alam semulajadi.
Anak2 pun suka dengan koleksi bermaklumat seperti ini.Membaca info ringkas tapi padat dalam kad seolah2 dah membaca sebuah buku tebal...
Dipasaran...koleksi ini semakin sukar nak dapat.Sebabnya makin ramai penggemar n pengumpul.Sukar untuk dilepaskan.Syukur,aku dah dapat semua siri dalam koleksi haiwan terancam"coin ini education"

Tuesday, November 10, 2009


Siri Kapal 1987
3rd Ship Series 1987



$ 1 singnature by Dr Hsu Tsu Tau




$ 2 signature Dr Hu Tsu Tau(issued in 1991)




$ 2 signature by Dr Hu Tsu Tau(issued in 1992)





$ 5 Signature by Dr Hu Tsu Tau




$ 10 signature by Dr Hu Tsu Tau




$ 50 singnature by Dr Hu Tsu Tau